Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Parlimen Kuala Pilah menang besar

Dikirim oleh Warieh Selasa, 7 Mei 2013


Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
Parlimen Kuala Pilah menang besar
Ismail ceria selepas diumumkan Adun Senaling di dewan Datuk Bahaman Kuala Pilah.
KUALA PILAH – Parlimen Kuala Pilah sekali lagi menang besar apabila calon Barisan Nasional (BN) yang dipertaruhkan berjaya diangkat sebagai Ahli Parlimen dan Adun bagi setiap kawasan yang dipertandingkan.

Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah yang juga Adun Senaling Datuk Ismail Lasim berkata, Umno menerusi BN terus diberi mandat kepercayaan untuk menerajui Kuala Pilah sekali gus menjadi pilihan rakyat di sini.

“Kemenangan 6-0 iaitu satu Parlimen dan lima Dun yang memihak kepada BN, ialah suatu perkara yang amat menggembirakan sekali gus menjadikan Parlimen Kuala Pilah kubu kuat BN di Negeri Sembilan.

“Selaku Ketua Umno di sini, sukacita saya katakan, semua calon yang dipertandingkan diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil kepada mereka dalam segala urusan kemasyarakatan, kebajikan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian, selepas ditemui di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P129 Kuala Pilah bertempat Dewan Datuk Bahaman, kelmarin.

Ismail berkata, sepanjang rekod mengadakan pilihan raya umum, Parlimen Kuala Pilah tidak pernah sekalipun tewas ke tangan pihak pembangkang.

“Meskipun PRU13, keadaan agak sengit, tetapi Umno masih lagi bertapak kuat di Parlimen Kuala Pilah.

“Terima kasih kepada komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana banyak membantu menempah kejayaan pada kali ini.

“Saya turut bangga kerana kejayaan ini, kita telah menyumbang besar kepada pembentukan kerajaan di Negeri Sembilan dan itulah yang kita harapkan selama ini.

Kepercayaan terus diberikan, dan Insya ALLAH, kita bersama membangunkan Kuala Pilah dan Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya, azam selepas menjadi wakil rakyat, beliau menyatakan hasrat untuk menterjemahkan kepercayaan rakyat kepada BN menerusi perkhidmatan terbaik.

“Saya bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain, akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, membela nasib rakyat khususnya kepada orang Melayu yang jelas memberi sokongan penuh kepada calon BN.

“Saya nyatakan seperti itu, berdasarkan kepada analisis keputusan PRU kali ini, memang masyarakat di kampung tradisional sangat setia kepada BN. Jadi, kita akan bantu mereka kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada calon BN untuk terus menerajui dan melestarikan pembangunan di sini,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com