30 April 2013
Shaziman (dua, kiri) dan Yong Chin (kanan) serta Ab Razak (belakang, kiri) ketika hadir sempena Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Kampung Tiong, malam kelmarin.
Shaziman berkata demikian di hadapan lebih 1,000 individu majoriti terdiri daripada kaum Tionghoa di Dun Gemas sempena majlis anjuran Kelab Saudagar-saudagar Cina Gemas dan MCA Gemas.
Menurutnya, disebabkan cemburu juga, PR melemparkan pelbagai tuduhan bagi meraih kepercayaan masyarakat sedangkan kerajaan BN tidak pernah mengabaikan nasib masyarakat.
“Malah, di Gemas sendiri, kerajaan BN membawa pelbagai bentuk pembangunan bagi manfaat masyarakat antaranya penyelesaian masalah banjir dengan membina benteng bagi projek tebatan banjir.
“Kita yakin dengan projek ini, kita berjaya mengurangkan risiko kejadian banjir di sini dan apa yang lebih penting banjir di Gemas tidak seburuk tahun-tahun sebelum projek dijalankan,” katanya.
Hadir sama, Calon BN N34 Dun Gemas, Abd Razak Ab Said dan Ketua MCA Cawangan Gemas, Datuk Tan Yong Chin.
Untuk rekod, perlaksanaan lapan projek di daerah ini iaitu dua projek di Dun Repah, tiga projek di Dun Gemencheh dan empat lagi di Dun Gemas dengan kos kira-kira RM2.26 juta dijangka mampu mengatasi masalah banjir.
Kawasan yang paling teruk dilanda banjir sekiranya hujan melebih 60 mm ialah Taman Sungai Gemas. Bagaimanapun, penduduk tidak lagi perlu bimbang kerana kerja menggali dan mendalam serta membina benteng yang menelan kos RM 1.4 juta siap dibina.
Selain itu, projek tebatan banjir yang siap dilaksanakan di Dun Gemas ialah pembinaan benteng tanah sepanjang 300 meter di Kampung Baru Tiong (RM250,000) dan menggali serta mendalam sungai serta membina longkang sepanjang 150 meter di Felda Jelai 4 dengan kos RM 250,000.


0 Komen