17 Mac 2013
Yayasan itu, yang ditubuh pada 5 Januari 1991, akan mengagih dana berkenaan kepada pelbagai program kebajikan dan pembangunan pendidikan di negara ini. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan melancarkan secara rasmi Yayasan Azman Hashim di sini malam tadi.
Yayasan itu pernah menyumbang RM42 juta untuk pembangunan pendidikan di beberapa institusi pengajian tinggi awam di negara ini, termasuk pembinaan sebuah kompleks pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bernilai RM7 juta.
Selain itu, sumbangan berkenaan diguna untuk membina sebuah bangunan baharu bernilai RM25 juta bagi menampung keperluan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Malaya dan RM10 juta bagi membina sebuah bangunan untuk kegiatan sukan di Universiti Sains Malaysia. - Bernama


0 Komen