Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2




29 Mac 2013
SEREMBAN - Segi Semarak Sdn Bhd, yang bergiat dalam bidang perumahan dan pendidikan serta menjadi rakan strategik Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), akan melancarkan jualan 300 unit pangsapuri Seremban Putra, di Sikamat di sini, selama dua hari mulai esok.
  
Pengarah Eksekutifnya, Mohd Ridzuan Hamzah berkata penjualan pangsapuri itu membabitkan empat blok iaitu Blok B (Bunga Raya), Blok D (Dahlia), Blok H (Harum Mawar) dan Blok J (Jasmin).
  
"Lebih 700 unit telah pun disewa atau dijual manakala penjualan ini adalah yang terakhir. Untuk tiga blok, iaitu Blok Bunga Raya, Dahlia dan Jasmin, kami memberikan kemudahan percuma seperti kabinet dapur, jeriji pintu, yuran guaman untuk surat perjanjian jual beli, satu potret dan keahlian koperasi yang akan ditubuhkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Pangsapuri Blok Harum Mawar pula dilengkapi dengan kemudahan kabinet dapur dan perabot terpilih yang berlainan harga.
  
Katanya kesemua pangsapuri itu dijual mengikut konsep bina dan jual di mana ianya telah siap sepenuhnya dan mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CFO).
  
"Seremban Putra adalah pangsapuri mampu milik bersaiz dari 849 sehingga 900 kaki persegi dengan harga bermula dari RM68,500 hingga RM113,950. Pangsapuri Seremban Putra dilengkapi dengan lif, kawalan keselamatan 24 jam dan landskap yang menarik."
  
"Seremban Putra hanya 3.0 kilometer dari bandar Seremban, lima minit ke Lebuh Raya Lekas dan hanya 20 minit ke Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) serta berdekatan dengan Tafe College, Institut Perguruan Raja Melewar, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa dan beberapa sekolah rendah dan menengah yang lain," katanya.
  
Beliau berkata tiga institusi kewangan - CIMB, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Public Bank - bersedia mengeluarkan pinjaman perumahan bagi mereka yang layak.
  
Katanya unit apartmen ini adalah terhad dan mereka yang ingin membeli apartmen berkenaan boleh melihat apartmen contoh di Blok Bunga Raya dan membuat tempahan.
  
Segi Semarak Sdn Bhd adalah syarikat sekutu Tele-Cekap Sdn Bhd dan TC Auto yang bergiat dalam bidang perkhidmatan kenderaan. - Bernama

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook