30 Mac 2013
Pemilik, Mohd Ibrahim Abdullah@Vadivel, 57, berkata, kejadian yang berlaku itu disedari pekerjanya yang tinggal di tingkat atas restoran. Ketika itu mereka terjaga dari tidur sebaik sahaja terdengar bunyi bising dan di bahagian bawah.
"Pekerja kemudian melihat dua lelaki menggunakan kayu dan topi keledar merosakkan bahagian depan restoran serta membaling batu ke tingkap tingkat atas bahagian restoran. Meja tempat meletakkan lauk juga rosak akibat insiden ini,” katanya.
Mohd Ibrahim berkata, sehari sebelum kejadian sekitar jam 4.20 pagi, terdapat dua lelaki bergaduh di hadapan restoran yang beroperasi 24 jam itu.
"Salah seorang daripada mereka meminta pisau daripada pekerja saya namun tidak diberikan sehingga menimbulkan kekecohan di hadapan restoran.
"Pekerja saya turut dipukul dan beberapa orang lagi datang membantu namun mereka turut dipukul. Akibatnya mangsa yang dipukul itu membuat laporan polis, " katanya.
Menurutnya, dia yakin polis melakukan siasatan ke atas kes berkenaan dan lelaki tersebut cuba membalas dendam ke atasnya kerana mungkin beranggapan dia yang membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan itu.
Mohd Ibrahim kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Telok Kemang.
0 Komen