Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Caj 30 sen tidak munasabah

Dikirim oleh Warieh Khamis, 28 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
28 Mac 2013
tandas awam
Kemudahan tandas awam perlu dibuka setiap hari.
KUALA PILAH – Peniaga dan pelanggan di gerai makan di pasar awam dekat sini mengeluh ekoran kemudahan tandas awam yang disediakan tidak begitu memuaskan.

Pengadu, Qian Yao Liang, 72, berkata, dia minum dan makan di gerai tersebut setiap hari.

“Ramai juga pelanggan datang untuk minum dan makan. Tambahan pula, gerai ini terletak berhampiran kawasan pasar awam dan rumah pangsa Wisma Sentosa.

“Jadi, gerai ini sudah semestinya jadi tumpuan orang ramai. Namun, jika kemudahan tandas tidak diselenggarakan dengan baik, susah juga,” katanya.

Menurutnya, tandas awam berbayar tersebut dibuka tidak menentu waktunya.

“Ada kalanya, tandas awam ini dibuka setiap hari, kadang-kadang tidak dibuka. Saya dapati, tandas awam ini ada yang tutup seawal jam 3 petang sedangkan operasi kedai di sini lewat petang baru tutup.

“Ramai pelanggan dan peniaga merungut kerana tandas awam sering tutup, malah bau juga kurang menyenangkan. Kita sudah bayar RM0.30, tapi penyelenggaraan tidak sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, Yao Liang berkata, meskipun sudah memiliki Bazar 1Malaysia yang dibina berhampiran gerai peniaga di sini, namun bazar tersebut belum dibuka untuk umum.

“Saya difahamkan, bazar itu dibuka pada April atau Mei. Jadi kemudahan seperti tandas yang terdapat di situ tidak boleh diguna lagi.

“Jika bazar itu sudah dibuka, senang juga kerana kami ada pilihan sama ada guna tandas awam ataupun di bazar, malah tidak perlu merungut lagi,” katanya.

Katanya, diharapkan pihak berkaitan dapat memantau perkara tersebut supaya ia dapat mendatangkan keselesaan kepada peniaga dan pelanggan untuk jangka masa panjang.
“Lagipun, di sini terdapat 50 pintu kedai yang beroperasi setiap hari. Jadi sangat memerlukan tandas awam beroperasi setiap hari dan memiliki ciri-ciri kebersihan,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook