Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Keluarga daif dapat perhatian

Dikirim oleh Warieh Rabu, 20 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
19 Mac 2013
Keluarga daif dapat perhatian
Keadaan rumah yang didiami Woon Yun Sang.
 
KUALA PILAH – Kehidupan warga emas yang daif dan serba kekurangan kini mendapat perhatian apabila rumahnya di Kampung Bukit Temensu, dekat sini dikunjungi orang persendirian dan MCA Bahagian Kuala Pilah, baru-baru ini.
Rumah yang didiami Woon Yun Sang, 64, sejak 35 tahun lalu kini sudah usang dengan dinding dimakan anai-anai selain bumbung yang sudah bocor.

Menurutnya, dia menetap di rumah itu bersama isterinya, Chan Swee Lan, 54, dan empat anaknya yang mana tiga daripada mereka dikategorikan orang kurang upaya (OKU).
"Ekoran menghadapi masalah kewangan, saya tidak mampu membaiki dan menyediakan rumah yang selesa untuk isteri serta anak-anak.

"Semua perkara di dalam rumah ini saya yang uruskan. Saya gembira jika ada pihak yang sudi membaiki rumah ini," katanya.
Yun Sang berkata, dia sendiri lahir dalam keluarga susah dan sudah bekerja sejak berusia 14 tahun sehingga kini.

"Nak cari makan pun susah. Jika ada wang, baru makan. Kalau tidak, ikat perut. Kalau anak-anak lapar, mereka sendiri cari makanan di pekan dengan meraih simpati orang.

"Semua orang sudah kenal anak saya. Jika kasihan mereka akan memberi makanan. Polis juga tidak menahan anak saya kerana dia tahu anak saya OKU," katanya.

Katanya, dia sedikit terkilan ekoran pihak berkaitan tidak mahu memberi wang bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada anak dan isterinya.

"Seorang anak sudah berjaya menerima kad OKU dan RM200 sebulan. Tetapi isteri dan anak saya seorang lagi tidak menerima sedangkan kedua-dua mereka OKU.

"Wang RM200 tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan sebulan. Walaupun saya bekerja tetapi masih tidak cukup," katanya.

Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Kuala Pilah, Datuk Chai Fa Fui berkata, dia akan berusaha membantu keluarga ini dan mengalu-alukan orang ramai menghulurkan bantuan kepada keluarga Yun Sang.

Sinar Harian pada 28 Februari lalu ada menyiarkan kisah kesukaran hidup Yun Sang sekeluarga yang terpaksa menebalkan muka meminta sedekah demi sesuap nasi untuk isteri dan anaknya

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook