Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Bongai, tradisi yang semakin dilupakan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 23 Januari 2013


 Pak Din Bongai


Bongai tidak asing lagi didalam mendefinasi muzik tradisional Negeri Sembilan, selain cak lempong dan tumbuk kalang, Bongai mengikut asal usulnya adalah lagu- lagu yang dilantun ketika berlakunya kenduri atau bahasanya ber'golek! Biasanya akan melibatkan dua individu lelaki atau wanita yang akan berbalas lagu yang lebih berbentuk pantun, ada masanya lagu tersebut akan mengambil masa yang panjang dari lepas magrib mulanya hingga ke awal subuh, semasa bongai ini dinyanyikan tidak boleh seorang pun menggangu pelantunnya, begitulah penangan bongai.

Menurut Pak Din Bongai atau nama sebenarnya Udin bin Russin  pejuang lagu-lagu bongai, bongai ini berasal dari Negeri Sembilan sendiri, tidak ada maling dari negara seberang mahupun secara tradisinya di bawa oleh orang minang ke sini. Ini lagu asal Negeri Sembilan! Tegas Pak Din, menurutnya Bongai maksudnya dikenalpasti melalui dua frasa 'Bong - bermaksud abang ' ai - bermaksud kesayangan, digabungkan adalah abang kesayangan. Atau lebih tepat lagi alahai abangku sayang. Menurutnya lagi disebabkan pada masa dahulu lagu- lagu melalui lisan banyak didendangkan untuk menghibur tetamu yang datang kenduri kahwin, dan tuan rumah akan mengundang penyanyi bongai yang sudah terkenal ini bagi menyerikan lagi majlis.

Seperti genre muzik yang lain bongai juga mengalami asiminasi dengan unsur- unsur barat bongai di tokok tambah dengan memasukan  instrumen muzik, menurut Pak Din, bongai pertama kali  dimainkan dengan diringi instrumen viola sekitar 40 an dahulu. Kemudian instrumen ringgan seperti kerincing, gendang, cak lempong, sualang dan kompang juga dimasukan sekali. Ini membuatkan lagu- lagu bongai bertambah menarik. Lagu- lagu bongai juga tidak lagi dilantun secara duo, hanya memerlukan seorang penyanyi sahaja.  Bongai agak popular sekitar tahun 50 an, lagu terkenal seperti anak bocek dan hitam manieh umpama lagu pisang panas yang menjadi permintaan ramai tetamu kenduri kendara.

Lagu  anak bocek ini adalah antara lagi-lagu bongai yang selalu dimainkan oleh pembongai, lagu anak bocek ini menceritakan anak katak ( Anak Bocek) yang agak keliru dengan kehidupanya di sungai mahupun didarat apa pun kita hayati liriknya dibawah, lagi ini terdapat dalam 2 versi, satu versi saya tidak pasti dari kumpulan bongai mana, lagunya lebih kepada pukulan gendang dan satu lagi adalah kumpulan bongai Kg Seri Purun Kuala PIlah yang dipimpin oleh Pak Din Bongai yang lagunya lebih kepada gesekan viola
Apa umpan anak bocek
Anak cacing golang-golang
Macamano saya nak manjat
Saya kocik bolum godang
Ikut anak si gading bocek
Sisir pisang omak bawakan
Pisang nangka keras benar
Pisang embun besar benar
Pisang kapas masak eh lembik
Pisang emas kecik benar
Pisang raja kulitnya tebal


Apo lak pisang hai bocek

Kemana bocek nak pergi
Kehilir airnya deras
Kehulu empangan batu
Ke darat empangan bangku
Main ketengah jala bermain
Main ketepi tangguk bermain
Mengendap tiruk bermain
Kemana jua bocek nak pegi

Kecipa nan terbau
Mengendap anak seluang
Bertukar ke panau
Kedepan dan kebelakang
Barulah bocek pulang

Inilah dia yang mak harapkan 


Kepopularan bongai akhirnya reda sekitar tahun 70 an disebabkan kemasukan lagu- lagu yang lebih moden yang banyak menambat hati orang melayu ketika itu. Irama pop yeh, rock n roll menegelamkan  lagu bongai, Lebih teruk lagi tiada inisiatif dimainkan oleh pihak yang berwajib didalam mempopularkan kembali bongai ini. Mujur ada pejuang seperti Pak Din Bongai yang terus menerus memperjuangkan irama bongai ini tanpa ada perasaan letih atau berputus asa. Berkat kegigihan beliau maka lagu bongai kembali mendapat tempat didalam persembahan kebudayaan yang membabitkan kebudayaan Negeri Sembilan. Muncul juga beberapa kumpulan bongai yang masih lagi bertahan memperjuangkan lagu bongai seperti kumpulan anak Desa Seri Purun dan kumpulan bongai Sri Petaseh Kuala Kepis.

Pak Din Bongai mengharapkan ada pihak yang sudi menyediakan kelas pengajaran bagi memberi pendedahan kepada anak muda tentang lagu- lagu bongai, lagu bongai ini juga perlu dijadikan matapelajaran muzik disekolah-sekolah, beliau percaya hanya dengan cara tersebut bongai akan terus bertahan sebagai hak milik mutlak masyarakat Negeri Sembilan. Beliau juga akan terus memberi dan mengerahkan tenaga bagi mengelakkkan kecairan identiti masyarakat Negeri Sembilan dimata dunia.


*Pak Din bongai ketika ditemui penulis sekitar tahun 2008 masih sihat dan kuat mendendangkan lagu bongai, beliau juga telah berjaya merakam album bongai ini melalui jabatan kesenian dan kebudayaan Negeri Sembilan.

3 Komen

  1. Unknown Says:
  2. Salam dan Salam sejahtera, saya nak tnya, ada x numbor contact Pak Din Bongai ini memandangkan saya berminat nak mengkaji mengenai Bongai itu sendiri untuk penulisan Ilmiah saya. Saya merupakan Student Uitm Shah Alam. jadi saya perlu menemubual beliau untuk mengetahui mengenai bongai ini dengan lebih mendalam. TQ.

     
  3. Tanpa Nama Says:
  4. Bongai nie lagu tradisi masyarakat Melayu Kampar Riau Sumatera. Masyarakat Kampar tergolong dlm golongan Kaum Melayu...bkn Minangkabau.

    Loghat Kampar sememangnya 100% menyamai Loghat Daerah N9, antara conthnya: nonggok, jongok, ontok ontok, toboh, mongolintin, kete(katanya), nun nua ha, bega, deyen, tandeh, abih, manai dsb.

    Jadi, masyarakat N9 sah 100% kaum Melayu Kampar. Jika diperhatikan reka bentuk Istana Lama Sri Menanti, Replika Istana di Astana Raja...nyata bentuk bangunan istana tsb menyamai reka bentuk senibina Melayu Kampar.

     
  5. Tanpa Nama Says:
  6. Sila datang ke Kampar Riau Sumatera untuk buat kajian tentan Bongai.

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook