Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Sambut ulang tahun ke-114

Dikirim oleh Warieh Isnin, 29 April 2013


Wartawan Sinar Harian
29 April 2013
Abd Rahman
Abd Rahman menyuapkan kek kepada Sariah sambil diperhatikan Chumi.
PORT DICKSON – Individu yang dipercayai wanita tertua di negara ini, Sariah Marjo menyambut ulang tahunnya yang ke-114, semalam.

Lebih manis lagi, Sariah turut menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) Dun Linggi, Abd Rahman Mohd Redza yang bersama-sama menyambut hari bersejarah itu.

Sariah ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan tidak terfikir akan diraikan sebegini ketika ulang tahunnya yang kini lebih 100 tahun walaupun dalam keadaan sederhana.

"Saya berhasrat untuk sekali lagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada 5 Mei ini.

"Saya akan mengundi untuk kali ke-11 di Dun Linggi dan Parlimen Telok Kemang di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Agas," katanya yang merupakan pengundi tertua di situ.

Pada 1 Mac lalu, Sinar Harian menyiarkan mengenai Sariah yang dipercayai wanita tertua di dunia.

Sariah yang mempunyai 33 cucu, 60 cicit dan dua piut berkata, dia gembira kerana mempunyai keturunan yang ramai dan diberikan peluang oleh ALLAH SWT untuk melihat generasinya walaupun tidak mampu mengenal serta mengingati kesemua warisnya.

Difahamkan, suaminya, Kasmawi Md Yunus meninggal dunia sekitar tahun 1970-an ketika berusia 70 tahun.

Ketika mudanya, Sariah seorang yang kuat bekerja dan menoreh getah pada awal pagi sebelum turun ke bendang bagi membantu suaminya yang bekerja sebagai petani.

Anak sulung daripada empat beradik itu dilahirkan di Kalinongko, Jawa Tengah, Indonesia dan dibawa oleh ibu bapanya ke Malaysia ketika berusia dua tahun.

Tiga daripada lapan anak termasuk empat menantu sudah meninggal dunia.

Sariah walau bagaimanapun kini tinggal bersama anaknya, Chumi, 59, dan menantu Aziman Hasan, 65, di Kampung Sawah Sunggala.

Dalam pada itu, Abd Rahman ketika ditemui berkata, dia semakin sibuk menjalankan kerja berkempen di seluruh kawasan Dun Linggi.

“Saya tidak memilih kawasan untuk dilawati atau dihadiri. Semua tempat dan lokasi di Dun Linggi sebolehnya akan saya kunjungi.

“Bagi saya, adalah tidak selamat jika saya mengambil jalan untuk memilih-milih kawasan untuk dikunjungi. Saya adalah calon baru dalam pilihan raya umum (PRU) ini dan saya akan bergerak untuk memperkenalkan diri kepada pengundi,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook