Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sukan bukan sahaja wajar dilihat sebagai aktiviti riadah atau kerjaya malah telah menjadi elemen kekuatan negara yang dapat mencetuskan fenomena hubungan akrab antara kaum.
''Fenomena ini boleh wujud dalam kebanyakan aktiviti sukan yang dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan," katanya di sini hari ini.
Kata Mohamad, masyarakat juga perlu memahami falsafah sukan menerusi slogannya 'Majulah Sukan Untuk Negara', yang bukan sekadar ucapan biasa tetapi memastikannya menjadi satu realiti.
''Ungkapan 'Malaysia Boleh' yang dahulunya dilaungkan ketika temasya sukan, hari ini menjadi kata-kata semangat dalam semua hal. Ia harus diangkat oleh semua rakyat dalam memastikan apa sahaja yang kita lakukan mencapai kejayaan cemerlang," katanya.



0 Komen