Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Geng K-Boy kini lumpuh

Dikirim oleh Warieh Khamis, 7 Mac 2013


KHAIRULKHEIZA / MOHD NAJIB
7 Mac 2013
SEREMBAN - Polis berjaya menumpaskan Geng K-Boy yang aktif melakukan kegiatan jenayah pecah rumah di sini, apabila lima daripada 13 ahlinya diberkas polis, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, tangkapan pertama dibuat pada 30 Januari lalu kira-kira jam 11 pagi melibatkan seorang lelaki dan dua perempuan di sekitar Seremban.

“Hasil soal siasat mendapati, kesemua suspek terlibat dalam kes enam pecah rumah dan satu samun di sekitar Seremban, Senawang, Nilai dan Ampangan.

“Penahanan suspek juga membawa kepada penemuan lebih 30 jenis barang curi termasuk alatan untuk memecah rumah dalam kereta yang mereka naiki,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, semalam.

Menurut beliau, susulan penahanan tiga suspek berkenaan, dua lagi lelaki berjaya ditahan beberapa hari kemudian dan siasatan mendapati kereta yang mereka gunakan juga adalah kenderaan curi.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an, di mana empat daripadanya berasal dari Rahang manakala seorang lagi dari Cheras.

“Kumpulan ini sudah bergiat aktif kira-kira setahun lalu dan mereka menyasarkan kediaman di taman perumahan semasa penghuni tiada di rumah lantas memecah masuk menggunakan kunci L serta beberapa perkakas lain,” katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan), Seksyen 379A Kanun Keseksaan (mencuri kenderaan) dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah).

“Polis juga sedang mencari lima individu bagi membantu siasatan iaitu Lim Chee Kin (Ah Ken), 37, dari Subang Jaya; Koh Kok Hin (Michael), 46, dari Sentul; Wong Chee Kong (Uncle), 42, dari Pandan Perdana; Fan Kok Long (Ah Long), 38, dari Tanjung Karang dan Tan Soon Teck (Ah Tak), 24, dari
Seremban.     

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook