Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pondok pengajian bakal dibina

Dikirim oleh Warieh Khamis, 7 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
7 Mac 2013
BAHAU - Tanah seluas dua hektar di Kampung Kuala Jempol, di sini bakal didirikan sebuah pondok pengajian agama, Zawiyah Ar-Raudhah dalam masa terdekat sekali gus menjadi mercu tanda pembangunan Islam di daerah ini dan negeri ini.

Pengerusi pondok, Fisal Johar berkata, tanah berkenaan adalah milik pengasas pondok, Mohd Nasir Othman yang juga imam satu, Masjid Jamek Bahau.
Menurutnya, pondok berkenaan adalah satu-satunya di daerah Jempol ini dan matlamatnya adalah membina sebuah pusat pengajian agama tidak formal.

“Ia adalah kemudahan umat Islam dan mendekatkan diri di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah

"Selain itu pondok ini juga akan menjadi tempat tinggal  bagi warga tua dan anak yatim menghadiri kuliah pengajian serta program yang akan diadakan.

“Kita juga akan bina surau, rumah tamu, kedai, inap desa dan pondok bagi anak yatim serta warga tua secara berfasa dengan kos keseluruhan mencecah RM3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selesai majlis pecah tanah Pondok Zawiyah Ar-Raudhah di Kampung Kuala Jempol, Bahau.

Hadir sama, Ulama Mesir, Habib Sheikh Yusuf dan Pengasas Pondok Zawiyah Ar - Raudhah, Mohd Nasir Othman yang juga Imam satu, Masjid Jamek Bahau dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias.

Sementara itu, Nor Azamir berkata, pembinaan beberapa pusat pengajian berasaskan pondok moden di negeri ini bukti kerajaan turut menyokong pembangunan pengajian agama Islam secara berterusan dari pelbagai konsep.

Menurutnya, antara pondok pengajian berkenaan adalah yang dikendalikan oleh Yayasan Sofa dan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Seremban.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan berbentuk tunai mahupun bahan binaan hubungi Fisal Johar di talian 019-5119336 atau Mohd Nasir Othman di talian 013-6227671 untuk maklumat lanjut.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook