KUALA PILAH: Pengerusi
Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai
Menteri Besar di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah di sini, pagi ini.
Aminuddin, 51, yang
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat menyempurnakan upacara angkat
sumpah itu pada jam 10.40 pagi di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Turut menyaksikan
istiadat itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku
Besar Mahmud bersama kedua anakanda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali
Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin.
Hadir sama Undang Luak
Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman; Undang Luak Johol, Datuk Mohammed
Abdullah dan Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak.
Aminuddin sebelum itu
menghadap Tuanku Muhriz bagi menyerahkan watikah pemilihannya sebagai Menteri
Besar pada Khamis lalu.
0 Komen