Orang awam menghulurkan bantuan kepada penunggang motosikal yang cedera akibat terjatuh selepas motosikal yang ditunggang melanggar Wong di bandar ini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa dipercayai mengalami masalah pedih mata kesan jerebu di bandar ini yang sudah berlanjutan selama beberapa hari sejak Jumaat lalu.
Wong yang juga kurang upaya (OKU), berkata, akibat perlanggaran itu, dia mengalami cedera ringan di pergelangan kaki, bagaimanapun penunggang motosikal berkenaan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT).
Orang awam yang ditemui, Arina Othman, 27, berkata, pejalan kaki perlu lebih berhati-hati semasa ingin melintas dan melihat terlebih dahulu kiri serta kanan jalan bagi memastikan tiada kenderaan sebelum melintas.
“Kita harap agar baik pejalan kaki ataupun pemilik kenderaan untuk saling bertimbang rasa sepanjang musim jerebu ini dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan di jalan raya, " katanya.


0 Komen