Mary Josephine (kanan) dan Kok Seong ketika meninjau lokasi di Taman Bukit Chedang Fasa 2 yang sering dilalui kenderaan berat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rahang, Mary Josephine berkata, pengadang setinggi 2.5 meter itu perlu kerana jalan utama yang baru dibuka ke Taman Bukit Chedang Fasa 2 itu tidak sesuai digunakan kenderaan berat untuk ke Seremban 2 kerana berdekatan dengan perumahan.
“Apabila masalah ini timbul, sudah tentu penduduk di sekitar taman itu tidak selesa dengan melihat banyak kenderaan berat seperti treler dan lori besar menggunakan jalan tersebut.
“Bayangkan jika setiap hari kenderaan berat menggunakan jalan yang sama, ia pasti boleh mengancam keselamatan lalulintas penduduk di taman tersebut terutamanya kanak-kanak,” katanya ketika meninjau lokasi di kawasan berkenaan, semalam.
Turut serta, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong.
Selain itu, Mary Josephine berkata, penduduk taman berkenaan juga mahukan PBT meletakkan beberapa bonggol di beberapa simpang di taman bagi mengelakkan kenderaan memandu laju.
“Saya juga akan berjumpa dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latiff dalam masa terdekat ini bagi mengajukan masalah dihadapi penduduk di kawasan itu,” katanya


0 Komen