Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Masalah jalan akibat projek naik taraf paip selesai bulan ini

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 18 Januari 2013


Wartawan Sinar Harian
16 Januari 2013
Masalah jalan  akibat projek naik taraf paip dapat perhatian timbalan menteri
Masalah jalan akibat projek naik taraf paip dapat perhatian timbalan menteri
KUALA PILAH -  Masalah jalan tidak berturap dan lubang tidak ditimbus dianggap selesai pada dasarnya selepas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek, melawat tapak projek, di Kampung Baru Desa Jemapoh, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Baru Desa Jemapoh, Hazaidi Osman berkata, projek naik taraf pemasangan paip baru diluluskan sejak setahun lalu, namun kerja-kerja diberhentikan seketika kerana terdapat beberapa masalah.

“Pihak berkaitan memberhentikan kerja naik taraf selama setahun sehingga menyebabkan penduduk marah kerana jalan tidak berturap selain terdapat beberapa lubang yang boleh menyebabkan kenderaan rosak.

“Bagaimanapun, setelah masalah ini dimaklumkan kepada Datuk Hasan, beliau turun padang melihat masalah itu, bersama pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), kakitangan dari Pejabat Pembangunan  kementerian dan pihak kontraktor yang terlibat untuk menyelesaikan perkara itu dengan kadar segera.

“Kata putus sudah dibuat, iaitu pihak kontraktor akan menyelesaikan masalah dengan menurap dan menampal semula lubang sebelum Februari,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha JKKK Desa Jemapoh, Azahar Mohd Yasir.

Hazaidi berkata, kehadiran Hasan meninjau masalah itu memberi khabar gembira buat penduduk di sini.

“Ramai yang membuat aduan kepada saya kerana jalan teruk dan berlubang.

“Jalan yang rosak meliputi seluruh kampung ini, anggarannya sejauh dua kilometer. Pemasangan paip baru juga lebih besar dari 4 inci kepada 6 inci. Memang wajar paip air digantikan dengan yang baru kerana paip lama usang selain sering berlaku gangguan air di sini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pihak kontraktor supaya memasang empat pili bomba  berdasarkan kepada perjanjian.

“Kalau ikutkan perjanjian, pili bomba ada empat, namun buat masa ini, hanya terdapat satu sahaja pili bomba.

“Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan dapat melunaskan janji itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kesukaran mendapatkan bekalan air ketika kebakaran berlaku,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook