Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Suami isteri jumpa tunggul kayu unik

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 18 Januari 2013


Wartawan Sinar Harian
16 Januari 2013
Suami isteri jumpa tunggul kayu unik
Ali dan Latipah menunjukkan tunggul kayu unik yang ditemui mereka di dalam Sungai Kemuning, Melaka, empat tahun lalu.
 
TAMPIN - Hasrat sepasang suami isteri untuk memancing ikan di Sungai Kemuning, Melaka, lebih empat tahun lalu membawa kepada penemuan tunggul kayu unik yang kini sudah diperkemas dengan mengilatkan permukaan kayu bagi dijadikan hiasan rumah mereka.

Bagaimanapun pasangan berkenaan, Md Ali Abdullah, 50, dan Latipah Musa, 40, hanya meletakkan tunggul kayu berkenaan di stor rumah mereka dan hanya mengeluarkan kembali tunggul kayu unik berkenaan sejak sebulan lalu.

Ali berkata, pada mulanya mereka mengemas barangan untuk meletakkan hiasan di rumah baru, namun berasa sangat terkejut melihat kayu itu sudah dihurung anai-anai di bahagian atas tunggul kayu berkenaan.

"Jika melihat pada anai-anai yang menghurung tunggul kayu itu pasti akan menyangka sudah tidak akan ada apa-apa tetapi sebaik dibersihkan, bentuk asal tunggul kayu masih berkeadaan sama seperti mula-mula dijumpai.

"Disebabkan itu, saya membuat keputusan membersihkan dan mengilatkannya serta meletakkan di kedai," katanya.  Menurutnya, ramai orang Cina tertarik dengan kayu ini dan menyatakan ia mempunyai harga tinggi di Thailand.

"Bagaimanapun, apa yang ingin diketahui saya ialah berapa lama usia kayu ini sehingga dapat menghasilkan bentuk seunik ini," katanya ketika ditemui di kedai makan milik mereka di Kampung Repah, dekat sini semalam.

Sementara itu, Latipah berkata, ketika mengimbau penemuan kayu berkenaan, suaminya hanya ternampak bahagian atas kayu yang tertanam di dalam pasir sungai berdekatan rimbunan pohon buluh.

“Masa itu suami saya tertarik untuk mengorek tanah berkenaan dan akhirnya tunggul kayu sebesar ini berjaya dikeluarkan dalam masa 10 minit. Niat kami masa tu hanya ingin menjadikan tunggul kayu sebagai hiasan seperti mana kini kami memiliki dua lagi tunggul kayu yang lebih kecil untuk dijadikan hiasan.

“Walaupun begitu, kami ada juga ke lokasi tempat tunggul kayu unik itu untuk mencari pasangan tunggul kayu berkenaan," katanya.

Menurutnya, jika dilihat dalam gambar tunggul kayu berkenaan menyerupai gambaran wanita tua yang menompang dagu dan mempunyai perhiasan di bahagian atas kepala.

“Walau apa jua gambarannya, bila melihat tunggul kayu unik ini ia mengingatkan akak kepada terbukanya hati kami sekeluarga untuk berniaga di sini dan semakin hari rezeki kami makin murah,” katanya yang sebelum ini hanya bekerja di sebuah pasar raya di Tampin dalam upah kecil.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook