Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Gerai uzur perlu wajah baru

Dikirim oleh Warieh Isnin, 27 Mei 2013


Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
Gerai uzur perlu wajah baru
Hamid menunjukkan besi saliran air di tingkat dua bangunan yang terjatuh beberapa bulan lalu sehingga membahayakan orang ramai.
Gerai uzur perlu wajah baru
Saifol
Gerai uzur perlu wajah baru
Gerai MDT berhampiran simpang masuk Kampung Tiong yang kelihatan terlalu uzur.
GEMAS – Melihat kepada keadaan gerai Majlis Daerah Tampin (MDT) di sini, ternyata aduan peniaga di situ yang berhubung keadaan tempat berniaga mereka semakin uzur, ada kebenarannya.

Gerai makan terletak berhampiran jalan masuk ke Kampung Tiong itu sudah berusia 15 tahun, namun disebabkan ia jarang diselenggarakan menyebabkan ia kelihatan usang.

Malah, tinjauan Sinar Harian juga mendapati, bahagian atas siling bangunan terbabit sudah tidak sempurna sehingga jatuh atas lantai, selain longkang di tepi bangunan sudah mula roboh sedikit demi sedikit.

Peniaga, Hamid Katik, 57, berkata, dia sudah mula berniaga di situ, sejak bangunan berkenaan mula beroperasi.
Namun, katanya, sepanjang tempoh 15 tahun, bangunan berkenaan tidak diselenggara dengan baik oleh MDT.

Menurutnya, sepanjang itu, sudah dua kali dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri membaiki pintu gerai selepas banjir melanda kawasan itu, walaupun kos itu sepatutnya ditanggung MDT.

“Tempat ini sememangnya menjadi tumpuan ramai kerana terletak di tepi jalan utama menghubungkan Negeri Sembilan dan Johor. Walaupun bangunan ini sudah uzur dan berbahaya, kami masih lagi berniaga di sini sebagai sumber pendapatan kami," katanya.

Menurutnya, beberapa bulan lalu, dia ada menghantar sendiri surat aduan rasmi ke pejabat MDT di Tampin memberitahu masalah dihadapi peniaga di situ berikutan saluran air di tingkat dua bangunan berkenaan jatuh serta ada besi yang tercacak bahagian bawah kedai tingkat satu.

Seorang lagi peniaga, Saifol Osman, 50, berkata, masalah dihadapi peniaga tingkat bawah lebih teruk berbanding dia yang berniaga di tingkat satu bangunan berkenaan.

"Kita berharap MDT dapat melihat kembali bangunan ini dengan memperbaiki kerosakan. Penting bagi mereka memastikan bangunan ini selamat, lebih-lebih lagi pelanggan sudah banyak merungut termasuk kemudahan tandas yang kotor," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sementara itu, Yang Dipertua MDT, Razali Bakar berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah peniaga situ terbabit memandangkan bangunan niaga itu sudah berusia.

Menurutnya, MDT sudah memohon peruntukan sebelum ini untuk menaik taraf dan mengecat semula bangunan berkenaan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bagaimanapun sehingga kini belum mendapat kelulusan.

"Sekiranya peruntukan berkenaan diperoleh, masalah bangunan akan dapat diatasi. Permohonan bagi baik pulih bangunan ini dibuat secara peringkat melibatkan fasa pertama permohonan dianggarkan mencecah kos sebanyak RM250,000," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook