SEREMBAN 4 Dis. - Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan air yang disalurkan kepada penduduk seluruh negeri ini tidak tercemar dan selamat untuk kegunaan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V.S. Mogan berkata, bekalan air yang disalurkan untuk dijadikan sumber air minum di negeri itu mematuhi kriteria kualiti air mentah yang ditetapkan.
''Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan air mentah di negeri ini untuk tujuan pemprosesan air minum telah melalui piawaian kualiti kebangsaan.
''Bagi memastikan punca air ini benar-benar selamat, kerajaan negeri juga menubuhkan Jawatankuasa Kerja Kawalan Pencemaran Sumber Air Mentah bagi memantau kualiti air yang diagihkan kepada penduduk negeri ini,'' katanya di sini, semalam.


0 Komen