Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Jangan beli ubat di kedai tanpa pemeriksaan doktor

Dikirim oleh Warieh Isnin, 5 Disember 2011


JEMPOL 4 Dis. - Orang ramai yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan agar tidak mengamalkan budaya membeli ubat di kedai atau farmasi tanpa melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan (KK) Lui Muda, Dr. Chai Jia-Ki berkata, pemeriksaan doktor atau pakar kesihatan amat penting bagi menentukan status kesihatan pesakit itu.

''Membuat andaian sendiri mengenai penyakit yang dihadapi amat membahayakan dan berisiko tinggi. Contohnya, jika seseorang itu mengalami sakit kepala mereka mungkin turut menghidapi penyakit lain.

''Atau erti kata lain, jika seseorang itu memakan ubat yang salah, ia bakal mengundang masalah lain atau memburukkan lagi keadaan pesakit," katanya selepas menyampaikan ceramah kesihatan pada program Kesihatan Komuniti di Dewan Orang Ramai, Kampung Baru, Sungai Lui di sini, baru-baru ini.

Katanya, pesakit juga seharusnya membuang sikap enggan bertemu doktor atas alasan malas menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan atau klinik.

''Kita tidak mahu disebabkan tersilap makan ubat lebih-lebih lagi dengan dos yang salah, ia juga mungkin mengakibatkan komplikasi terhadap pesakit dan lebih malang timbul penyakit lain dalam diam.

''Oleh itu, segeralah mendapatkan rawatan jika rasa tidak sihat. Mencegah itu lebih baik dari mengubati," katanya.

Dalam pada itu, Jia-Ki memberitahu, sepanjang tahun KK Lui Muda menjalankan pelbagai program kesihatan komuniti yang membolehkan orang ramai melakukan pemeriksaan serta bertemu kakitangan perubatan di kawasan masing-masing.

''Penduduk disarankan agar menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pelbagai maklumat serta khidmat nasihat kesihatan.

''Selain melakukan pelbagai pemeriksaan kesihatan mereka juga berpeluang berbincang masalah kesihatan dengan doktor bertugas," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook