Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Gangguan bekalan air di 4 daerah Negeri Sembilan,

Dikirim oleh Warieh Selasa, 11 Jun 2013



10 Jun 2013
SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Rembau, Port Dickson dan Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja penyelenggaraan loji rawatan air, menaik taraf pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan penggantian injap.
  
Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Zulkifli Ibrahim berkata gangguan bekalan air mulai 8 pagi (11 Jun) hingga 8 pagi keesokannya (12 Jun) berikutan kerja naik taraf dan penyelenggaraan loji rawatan air Linggi di Seremban melibatkan Pekan Rantau, Siliau, Kuala Sawah, Sega Ulu, Ladang (Ldg) Sg Sendayan, Ulu Lalang, Kanchong, Ldg Batu 13 Tampin, Ldg Kombok, Taman (Tmn) Delima, Tmn Mutiara, Tmn Anggerik, Kampung (Kg) Linsum, Kg Linsum Tengah, Kg Pasir, Tmn Pasir Mas dan Bandar Eka.
  
"Di Rembau, ia melibatkan Hentian Tinggi Estet, Tmn Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, Sek Teknik Chembong, Halal Park, Tol Plaza Pedas-Linggi, Jalan (Jln) Merbau 9, Kg Minching A, Tmn Pinggiran Pedas, Tmn Pedas Perdana, Jln Mungkal, Jln Tok Nara, Jln Ampang Batu, Jln Mungkal Tobek, Jln Tok Menteri, Jln Tok Samad, Jln Tanjung Semut, Tmn Pedas Indah dan Kg Sungai (Sg) Ibor.
  
"Selain itu, ia juga melibatkan Minching Lama, Minching Baru, Kg Anak Air Kundur, Sekolah Kebangsaan Pedas, Institut Latihan Perindustrian Pedas, Seberang Batu 1 & 2, Kg Sg Batu, Pedas Batu 1, 2 & 3 dan Kg Sg Lalah," katanya di sini hari ini.
  
Di Port Dickson pula, katanya, kawasan terlibat ialah dari Simpang Bukit Palong hingga Tanah Merah (termasuk Bukit Pelandok, Chuah dan sekitar), Pekan Port Dickson hingga Springhill (termasuk kawasan Lukut) dan Pekan Port Dickson hingga Batu 4 Jalan Pantai (termasuk Sua Betong ke Air Kuning).
  
Sementara itu, Zulkifli berkata gangguan bekalan air mulai 8 pagi (11 Jun) hingga 8 pagi keesokannya (12 Jun) berikutan kerja naik taraf sistem muatan rendah pencawang TNB loji rawatan air Pedas Lama di Rembau melibatkan Kg Sg Beringin, Wet World, Ldg Air Belerang, Pekan Pedas, Kg Gaing, Kg Gaing Lama dan Klinik Kesihatan Pedas.
  
Turut terlibat seluruh kawasan Sepri, Tmn Sedia Raja, Tmn Chembong Jaya, Tmn Koperasi Chembong, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Chembong, Kg Anak Air Kundur, medan selera berhampiran IPD Rembau, Sekolah Agama Pedas, Rumah Rakyat Pedas, Desa Permai Pedas, Tmn Rembau Jaya, Tmn Rembau Permata, seluruh kawasan Seberang Batu Hampar hingga Mampong, Biro Tatanegara (BTN) Sepri, Kg Paya Besar, Pusat Pentadbiran Pertanian Chembong, Ldg Ulu Pedas dan Ldg Air Hangat.
  
Zulkifli berkata gangguan bekalan air mulai 8 malam (11 Jun) hingga 12 tengah hari (12 Jun) berikutan kerja penggantian injap di kolam air Gunhill di Seremban pula melibatkan seluruh Bandar Seremban, Temiang, Templer, Lobak, Rasah, Mambau, Bukit Rasah, Jln Kuala Sawah hingga Tmn Angsamas, Jln Kayu Ara, Nusari Bayu dan Jln Labu Lama.
  
Gangguan bekalan air mulai 8 pagi (11 Jun) hingga 8 pagi (12 Jun) berikutan kerja penyelenggaraan loji rawatan air Kuala Pilah dan Bukit Kuala Pilah membabitkan Pekan Kuala Pilah, Kg Dioh Seberang Pekan, Tmn Angkasa, Tmn Dioh, Kg Dioh, Kg Sg Dua Kecil, Tmn Citajaya, Kg Sawah Lebar, Kg Acheh, Kg Teluk, Kg Kuala Dioh, Jln Seremban Lama, Tmn Pilah Perdana, Kolej Jururawat Kuala Pilah, Flat Waja, Tmn Sema, Tmn Pilah Jaya, Tmn Sentosa, Tmn Setia Kasih, Kg Gemuruh, Kg Jawa, Kg Parit Seberang, Kg Parit Mungkal, Rumah Rakyat Melang, Tmn Melang, Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Tmn Impian dan Bukit Mutiara.
  
Menurutnya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.   

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.
  
Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook