Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Gadis hilang cuping telinga

Dikirim oleh Warieh Selasa, 11 Jun 2013


SARINAH MAT KASIM
11 Jun 2013
Gadis hilang cuping telinga
Keadaan telinga Sin Yee yang kelihatan pelik akibat tindakan doktor yang memotong cupingnya tanpa kebenaran.
Gadis hilang cuping telinga
Kesan jahitan di cuping telinga yang telah dipotong oleh doktor berkenaan tanpa pengetahuan Sin Yee.
Gadis hilang cuping telinga
Keadaan telinga Sin Yee setelah cuping telinganya dipotong tanpa kebenaran.
Gadis hilang cuping telinga
Can Wah (kiri) bersama peguamnya, AK Das pada sidang media, semalam.
SEREMBAN – Seorang gadis terpaksa menanggung malu gara-gara tindakan seorang doktor pakar dari sebuah hospital swasta yang memotong sebahagian cuping bawah telinganya sehingga menyebabkan ia kelihatan seperti cacat.

Bapa kepada gadis itu, Phooi Can Wah, 49, berkata, dua tahun lepas, dia dan isteri membawa anaknya, Phooi Sin Yee, 18, ke sebuah hospital swasta di Seremban bagi mendapatkan rawatan terhadap telinga anaknya yang mengalami masalah keloid. (Keloid merupakan benjolan padat yang hanya terdapat pada kulit).

Doktor cadang masukkan 'button'

Katanya, pada awal perjumpaan dengan perunding pakar perubatan di hospital berkenaan, doktor mencadangkan agar anak gadisnya itu mendapatkan suntikan bagi mengurangkan benjolan yang terdapat pada bahagian telinganya tanpa perlu menjalani pembedahan.

Namun setelah dua kali mendapatkan suntikan, keadaannya masih lagi sama.

“Suntikan itu hanya mampu mengurangkan bengkak, bukan menghilangkannya. Disebabkan itu, pada 1 April lalu, saya membawa anak berjumpa dengan seorang lagi doktor pakar kulit yang dikenali sebagai Dr Chan, 46, bagi mendapatkan pandangannya.

“Setelah melihat keadaan telinga anak saya, doktor tersebut mencadangkan supaya bahagian yang terkena keloid ini, perlu dikeluarkan dan bekas lubang di cuping telinga  itu akan dimasukkan sejenis bahan yang dikenali sebagai ‘button’ seperti silikon untuk menutupi lubang tersebut, yang kemudiannya akan disaluti kulit asal.

“Pada awalnya saya bersetuju dengan cadangan doktor berkenaan, dan menganggap bahawa rawatan itu mungkin dapat memulihkan keadaan telinga anak saya.

“Namun, perkara sebaliknya berlaku. Sebaik sahaja pembedahan tamat, doktor tersebut keluar dari bilik bedah dalam keadaan kelam-kabut sambil memberitahu telinga anak saya jadi makin teruk dan susah untuk dimasukkan 'button'.

“Katanya, disebabkan itu dia terpaksa memotong bahagian bawah cuping telinga anak saya,”  katanya pada sidang media di Pejabat Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin, di sini, semalam.

Keluarga tak tandatangan surat kebenaran

Can Wah berkata, dia panik sebaik sahaja mendengar cerita berkenaan dan mula buntu memikirkan masa depan anaknya.

“Saya tak faham bagaimana seorang doktor pakar boleh berbuat demikian tanpa merujuk kepada ahli keluarga terlebih dahulu, malah tiada siapa pun daripada kami yang menandatangani surat kebenaran untuk melakukan pembedahan memotong cuping telinga itu.

“Persetujuan awal adalah rawatan untuk membuang keloid dan memasukkan ‘button’, bukannya memotong sebahagian telinga anak saya,”  katanya.

Turut hadir pada sidang media itu, anak gadisnya, Sin Yee dan peguam mereka, A K Das.

Menurut Can Wah, keadaan menjadi semakin serius apabila pihaknya menerima surat kebenaran untuk melakukan pembedahan yang telah ditandatangani oleh anaknya, sedangkan anaknya tidak pernah berbuat demikian, tambahan pula pada waktu itu Sin Yee masih lagi di bawah umur.

“Disebabkan kejadian itu, kami sekeluarga mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor tersebut kerana kesilapan yang dilakukan sehingga anak gadis kami yang kini bekerja sebagai pelatih di sebuah pusat kecantikan menjadi trauma,” katanya.

Hospital akui terima aduan

Dalam pada itu, Sin Yee yang ditemui berkata, dia berasa sangat malu dan kecewa dengan apa yang menimpa dirinya, lebih-lebih lagi dia kini bekerja berada dalam bidang kecantikan.

“Apa jua keadaan, saya tetap mahu mendapatkan bentuk asal telinga untuk memulihkan semula semangat yang hilang kerana insiden itu,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Hospital Columbia Asia, Lee Hui Chuen berkata, pihaknya mengakui ada menerima aduan daripada Can Wah pada 22 April lalu, berhubung perkara itu.

Menurutnya, pihaknya juga sudah mendapatkan penjelasan daripada doktor yang bekerja secara kontrak di hospital berkenaan.

“Pihak hospital masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini dan jika perlu, kita akan bawa ke pihak tertinggi termasuk kementerian,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook