11 Jun 2013
Beliau berkata, pemulauan bakal dilaksanakan mampu memberi tamparan hebat dan tekanan luar biasa terhadap kerajaan supaya lebih prihatin membela nasib rakyat.
“Ini salah satu cara kita untuk tidak mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) yang dicemari pelbagai kontroversi dan unsur manipulasi pada PRU13 lalu.
“Kita juga ingin menyedarkan mereka, pemboikotan ini dibuat atas kemahuan rakyat. Justeru, mereka tidak seharusnya menjalankan tugas sambil lewa kerana perbuatan sedemikian hanya akan menggugat kedudukan dimiliki,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurut Mohd Nazree, pemulauan tersebut juga dapat menguji keupayaan sebenar kerajaan untuk mentadbir negara tanpa gangguan PKR.
“Sebelum ini, mereka (kerajaan) pernah mendakwa akan dapat mentadbir dengan lebih baik seandainya tidak dikacau pembangkang.
“Kita ingin melihat, sejauh manakah terbuktinya dakwaan itu,” katanya.
0 Komen