Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


RM9.4 juta ganti paip usang

Dikirim oleh Warieh Khamis, 18 Ogos 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH03XccrdqPOpsd1FFNvuGv1k1FKhUyBTdnJcF61iXuKsBLuU2hHJDwHVyysoRIiJuTWNCSa1hZjA7joB8rqgfNQ-_bB8BM6_dcI6QAVzVc4z0OujNZiEgxcXn0Sk9qfGUVEzaUxDSm6g/s1600/air+paip.jpg

SEREMBAN 17 Ogos – Kira-kira RM9.4 juta akan dibelanjakan bagi menampung kos kerja penggantian paip saliran air yang telah usang di lima kawasan yang dikenal pasti sekitar bandar ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peruntukan yang disalurkan Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) itu akan digunakan bagi menggantikan paip jenis simen asbestos (AC) kepada paip besi yang lebih tahan lama jenis mild steel (MS) di kawasan terbabit.

Menurutnya, kerja yang dikendalikan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) itu telah dijalankan dan dijangkakan siap pada penghujung September ini.

“Inisiatif ini bertujuan bagi memastikan pengguna di seluruh negeri ini menerima bekalan air berkualiti secara efisien sekali gus mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) di negeri ini.

“Ini kerana paip sedia ada jenis AC ini didapati telah melampaui usia 40 tahun, ia didapati kerap bocor dan pecah sehingga mengakibatkan bekalan air terhadap penduduk terjejas,” katanya.

Mohamad berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Jelasnya, lima kawasan yang terlibat itu adalah sekitar Jalan Temiang, Jalan Pekeliling, Bukit Tembok, Bukit Kaya dan Jalan Za‘aba, dekat sini.

“Oleh itu, saya berharap orang ramai serta penduduk sekitar kawasan ini dapat bersabar kerana pelaksanaan kerja ini mungkin akan menjejaskan bekalan air mereka.

“Jika bekalan air terputus melebihi dua jam, saya menasihatkan agar penduduk dapat menghubungi pihak Sains bagi membolehkan bekalan air dihantar segera ke kawasan terlibat menggunakan lori,” ujarnya.

Di samping itu, Mohamad turut memberitahu, pelaksanaan projek menaik taraf paip tersebut juga mungkin akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas berikutan penutupan beberapa laluan di kawasan terlibat.

Tambah Mohamad, sebaik selesai kerja penggantian paip itu, Sains akan terus menjalankan kerja penggantian paip secara berperingkat ke seluruh negeri ini.

“Kita juga telah memohon peruntukan sebanyak RM500 juta dari PAAB untuk tujuan tersebut,” ujarnya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook