Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Melahirkan pahlawan belia yang perkasa

Dikirim oleh Warieh Isnin, 31 Mei 2010

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

SEREMBAN - Melihatkan satu perhimpunan belia yang berlangsung di Paroi dekat sini, Sabtu lalu ia terus mencetuskan satu gerakan perubahan dalam usaha semua peringkat mahu memperkasakan belia masa hadapan.

Pelbagai cara dan wadah diguna pakai dalam mengatur program serta aktiviti sempena sambutan hebat itu dengan harapan generasi belia yang hadir ini diperkukuhkan kemantapan budaya dan ketinggian nilai-nilai kehidupan masing-masing.

Namun begitu, satu anjakan telah diperhalusi dalam mewujudkan kesinambungan idea itu supaya budaya yang dibawa oleh belia ini tidak wajar dihiaskan dengan polemik yang tidak berkesudahan, tetapi perlu ditangani oleh langkah-langkah proaktif dan dasar yang berkesan.

Apa yang lebih penting, kepimpinan belia yang sedia ada dan akan datang dari setiap lapisan dan lapangan perlu mencetuskan satu ledakan nilai baru yang mampu memperkasakan masyarakat pada abad akan datang.

Oleh demikian, apa yang kita bimbangkan adalah kesilapan tafsir erti sambutan hari belia di kalangan 'pemikulnya', atau pun wujudnya satu pandangan yang berputar, di mana kebaikan menjadi hal yang negatif.

Sebab itulah wajar kita ketahui bahawa hari ini generasi belia berhadapan dengan pelbagai bentuk budaya yang bersifat destruktif dan tidak menguntungkan negara.

Ini kerana pemikiran generasi remaja dan belia hari ini lebih terdedah kepada aspek hiburan, iaitu apa yang mereka lihat dengan mata kasar, berbanding apa sebenarnya penyampaian yang tersirat melalui program yang berhubung kait soal nasionalisme dan patriotisme.

Hakikatnya, generasi belia lebih cenderung menghabiskan masa berpesta dan berhibur, menghadiri konsert, berpacaran dan bergaul secara bebas daripada melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat seperti menggiatkan diri dalam pertubuhan belia.

Satu lagi hal yang kita bimbang ialah kesedaran yang dibawa dalam setiap sambutan hari belia itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi sasaran, sebaliknya terus dibelenggu dengan penyakit 'colonsibilite'.

Penyakit yang kita maksudkan ini menyaksikan keupayaan belia bersifat suka merelakan diri diperhambakan dan hanya mahu menjadi manusia pengguna daripada berusaha.

Semua ini disebabkan minda yang lemah dan tiada kemahiran untuk mencipta sesuatu yang baru.

Inilah yang kita bimbang, ia akan menular ke dalam sanubari generasi belia sehingga menyebabkan kita masih terjajah kerana gemar meniru segalanya akibat lemah dari aspek pendidikan, keilmuan, kemahiran, pembangunan dan sebagainya.

Memang sewajarnya kita merasa gusar, prihatin dan gelisah dengan segala wabak sosial ini.

Kita harus menerima pandangan lampau dan mengkajinya untuk generasi abad robotik, bahawa punca kita mudah terjajah bukanlah disebabkan hebatnya budaya yang menjajah itu.

Tetapi segalanya bermula apabila kita sendiri sudah melupakan asas-asas jati diri kita sendiri yang terdiri daripada agama, pegangan nilai dan budaya.

Satu lagi hal dalam mengkaji sifat belia hari ini ditimbulkan selepas menyaksikan senario semasa apabila wujudnya gejala rasa rendah diri atau 'cultural schizophrenia'.

Kita hanya merasakan segala yang datang dari negara Barat itu adalah yang terbaik, melambangkan ketinggian tamadun dan mampu membawa kemajuan sesebuah negara, tetapi hakikatnya, negara kita, budaya kita dan cara hidup kita adalah lebih baik daripada mereka.

Justeru, kita harus menjadikan mana-mana sambutan budaya bukan satu polemik yang akhirnya meruntunkan rasa kegembiraan untuk mengecapi sebuah generasi belia berwawasan pada masa hadapan.

Siapa pun yang membawa karya dan penceritaan belia ini, mereka berhak melakukan apa sahaja, asalkan belia yang menjadi pemegang wataknya mampu menggarap hasil yang baik pada generasi masa hadapan.

Jelas dalam konteks belia ini, ilmu adalah wacana paling wajar kerana ia akan membentuk masa hadapan, jati diri dan hala tuju masa hadapan.

Budaya ilmu akan membentuk rakyat yang memiliki pemikiran yang kritikal, menajamkan rasa prihatin dan membina keyakinan terhadap nilai-nilai mulia warisan masyarakat yang perlu dipertahankan.

Ayuhlah, pemimpin belia, gerakan massa ini bukan lagi bercorak spiritual semata-mata, tetapi kita sedang mencipta pahlawan yang akan berdiri di barisan hadapan menjadi ombak mengagahi serangan pemikiran tidak bertamadun.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook