Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pertengkaran anak-beranak membawa kematian

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Mac 2013


TELOK KEMANG 11 Mac - Seorang anak bertindak kejam memukul bapanya dengan sebatang kayu selepas berlaku pertengkaran antara mereka di sebuah rumah di Lukut dekat sini semalam.
Kejadian pukul 7.45 malam itu mengakibatkan mangsa, S. Ramdas (gambar), 56, meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Port Dickson selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun memberitahu, kejadian berlaku di rumah keluarga itu dan pihaknya dimaklumkan oleh jiran mangsa yang terdengar bunyi bising di rumah berkenaan dan pada mulanya mengesyaki berlaku jenayah pecah rumah.
"Sepasukan anggota polis yang dikejarkan ke tempat kejadian mendapati berlaku pergaduhan keluarga di rumah itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Abd. Wahab, mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook