SEREMBAN - Pengeluaran daging lembu dan kerbau dalam negeri ini mencatatkan kadar 60.37 peratus daripada keperluan pengguna, sepanjang tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Tampin, berupaya mengeluarkan daging lembu dan kerbau bernilai RM87.08 juta tahun lalu berbanding RM72.55 juta pada 2009.
“Dengan sokongan sebanyak 28 ladang satelit, Pusat Fidlot Nasional mampu mengeluarkan 36,216 tan metrik daging setahun.
“Hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi pengeluar daging terbesar tercapai setelah Pusat Fidlot Nasional beroperasi sepenuhnya dengan penternakan sebanyak 60,000 lembu setiap pusingan,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, sebanyak 11,400 tan metrik dihasilkan dengan nilai anggaran RM165.8 juta dalam setiap pusingan, sekali gus menyumbang pencapaian sasaran menjadikan negeri ini pengeluar utama daging dalam negara.
0 Komen