Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Kembara Merdeka Jalur Gemilang singgah di Jelebu

Dikirim oleh Warieh Rabu, 10 Ogos 2011


JELEBU - Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011, anjuran Jabatan Penerangan negeri singgah di daerah Jelebu dalam siri kembaranya bagi menyemarakkan lagi program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011, baru-baru ini.

Perarakan konvoi kembara dari pekan Kuala Klawang, yang disertai lima kenderaan itu bergerak sejauh lebih empat kilometer sebelum disambut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Kampung Kuala Dulang .

Antara lokasi persinggahan konvoi kembara adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Musa Al Haj, Muzium Adat dan Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu sebelum berakhir di Kampung Kuala Dulang.

Pada program berkenaan, Rais turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada Pengerusi Komuniti 1 Malaysia dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Jelebu, selain menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.

Hadir sama, Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook