Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


PKR desak siasat isu MIC

Dikirim oleh Warieh Rabu, 10 Ogos 2011


TAMPIN – PKR mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya mempunyai ‘ruang’ untuk menyiasat isu disiarkan di blog Free Malaysia Today dengan artikel bertajuk Astro programmes: ‘Palanivel solicited RM5M’.

Desakan itu dibuat melalui laporan polis oleh Naib Pengerusi PKR Melaka, G Rajandran dan juga Timbalan Ketua PKR Cabang Tampin, Hashim Othman di Balai Polis Tampin, dekat sini, semalam.

Rajandran berkata, dia dan PKR Tampin nekad membuat laporan polis selepas membaca blog terbabit pada 8 Ogos lalu kerana ia melibatkan penyalahgunaan pengaruh dan kuasa dalam mendapatkan dana bagi sebuah televisyen swasta.

“Ia terang-terangan menunjukkan penyalahgunaan kuasa apabila permohonan bagi mendapatkan dana berkenaan menggunakan kepala surat MIC dan dana yang diminta adalah RM5 juta.

“Justeru, esok (hari ini) kita akan melaporkan isu ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan disiasat sebaik mungkin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Untuk rekod, dalam artikel yang disiarkan di blog terbabit, dalam surat bertarikh 7 Mac, Palanivel telah menandatangani sepucuk surat yang dialamatkan kepada Jabatan Perdana Menteri dengan menggunakan kepala surat MIC bagi memohon dana untuk rancangan televisyen.

Permohonan dana itu bagi pihak Vanakkam Malaysia Dotcom Sdn Bhd untuk dua program iaitu ‘Paarvai’ (Outlook) dan ‘Malarchi’ (Development).

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook