Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Dua bulan selesaikan masalah

Dikirim oleh Warieh Rabu, 10 Ogos 2011


TAMAN PD UTAMA – Laporan berterusan media berkenaan masalah pencemaran karbon dihadapi penduduk di Jalan Mawar 17, Taman PD Utama sejak 10 tahun lalu mula membuahkan hasil.

Ini berikutan apabila ia mendapat maklum balas positif daripada pihak berkenaan dan lawatan mengejut oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam Negeri, Datuk V S Mogan; Pengarah Jabatan Alam Sekitar (Jas) negeri, Charanpal Singh; Pegawai Majlis Perbandaran Port Dickson dan wakil penduduk ke Cabot (Malaysia) Sdn Bhd yang didakwa penduduk menjadi punca masalah berkenaan.

Sebelum itu, terlebih dahulu Mogan dan Charanpal Singh serta pegawai Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melawat rumah penduduk yang membuat aduan berkenaan pencemaran karbon.

Mogan berkata, selepas hampir sejam sesi dialog diadakan bersama Pengurus Besar Cabot (Malaysia), beberapa kesepakatan telah dipersetujui.

Menurutnya, kedua-dua pihak iaitu Jas dan Cabot mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan dalam mengenal pasti punca sebenar pencemaran yang berlaku di sekitar kawasan ini.

“Jas akan meletakkan alat kajian mereka untuk mengumpul habuk atau karbon dalam jumlah kuantiti lima gram bagi memungkinkan ia dapat dianalisis di makmal kimia.

“Sebelum ini Jas melalui makmal kimia tidak dapat melakukan kajian ke atas karbon berkenaan kerana kegagalan memperoleh kuantiti ditetapkan.

“Begitu juga dengan Cabot, kajian akan terus dilakukan selain terus memastikan pengawasan terperinci dilakukan ke atas operasi kilangnya,” katanya.

Mogan berkata, dalam masa sama, Jas juga akan melakukan kajian bagi mengenal pasti punca lain yang berkemungkinan menyumbang kepada berlakunya pencemaran di sini.

“Kajian juga akan dilakukan mengenai aduan penduduk yang mengatakan karbon hanya akan ‘menghujani’ rumah mereka setiap kali hujan di waktu malam atau pagi.

“Semua aspek akan dikaji oleh Jas dan jabatan berkaitan bagi memastikan masalah diselesaikan dan penduduk dapat hidup selesa,” katanya.

Sementara itu Pengurus Besar (Kemudahan) Cabot, Derry Dasuki berkata, pencemaran yang berlaku di Jalan Mawar 17, Taman PD Utama secara faktanya bukan berpunca dari operasi kilangnya.

Ini kerana katanya, operasi kilang mereka sentiasa dipantau dan dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan.

“Malah, kajian dilakukan oleh makmal kami mendapati habuk atau karbon yang mencemari rumah penduduk adalah tidak sepadan dengan karbon yang kami proses.

“Jika berlaku kemungkinan karbon tersebut datang dari Carbot, ia hanya 0.01 peratus sahaja, namun setakat ini operasi kilang berjalan lancar dan tiada berlaku kebocoran terutamanya pada cerobong.

“Tindakan Cabot memberikan sabun kepada penduduk terlibat dengan pencemaran pula adalah sekadar melakukan tanggungjawab sosial untuk membantu mengurangkan beban dihadapi penduduk,” katanya.

Selepas sesi dialog dilakukan, Mogan bersama Charanpal Singh sekali lagi melawat rumah penduduk bersama-sama Derry dan beberapa pegawainya dari Cabot (Malaysia) Sdn Bhd.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook