Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Elak tercicir golongan daif

Dikirim oleh Warieh Rabu, 10 Ogos 2011


SAWAH RAJA – Kerajaan Negeri berhasrat agar kepimpinan setempat dapat memainkan peranan penting dalam memastikan tidak terdapat golongan daif dan memerlukan perhatian terbiar dari menerima bantuan sewajarnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau amat berharap agar tidak wujud lagi golongan tercicir mahupun terlepas pandang sejajar dengan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan pihak kerajaan.

“Oleh itu, saya harap agar tidak ada lagi masyarakat daif dan terbiar tanpa pembelaan melalui peranan dimainkan kepimpinan setempat.

“Malah, kita di peringkat Kerajaan Negeri juga berharap agar pembangunan di negeri ini akan terus berkembang sejajar dengan keperluan semasa bagi dijadikan modal meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri dan digunakan untuk membangunkan masyarakat seperti membina sekolah serta infrastruktur kemudahan awam,” katanya sempena Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota di Masjid Sawah Raja.

Mohamad berkata, projek pembangunan yang dilaksanakan baik oleh Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri adalah bertujuan menjamin kesinambungan masa depan yang bakal diwariskan kepada generasi akan datang.

“Pembangunan syiar Islam juga akan terus dipertingkatkan dengan terus membina masjid bagi kemudahan beribadah masyarakat Islam dan juga komuniti setempat untuk bermuzakarah serta menjana ekonomi seperti menubuhkan koperasi.

“Oleh itu, semua pihak diharap dapat bersatu agar semua perancangan dapat terlaksana selain mempertahankan maruah bangsa dan agama supaya tiada pihak luar yang berani atau cuba memperlekehkan kekuatan umat Islam,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dr Awaludin.

Pada program berkenaan, Menteri Besar dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan bantuan kepada asnaf fakir miskin dan bantuan tahunan kepada masjid yang terdapat DUN Kota dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM32,700.00.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook