Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Upah naik, peniaga mula 'pening kepala'

Dikirim oleh Warieh Isnin, 21 Januari 2013


SYAMILAH ZULKIFLI
20 Januari 2013
Upah naik, peniaga mula 'pening kepala'
Peniaga daging di pasar kini terbeban dengan kenaikan kadar upah penyembelihan.
SEREMBAN – Sudahlah upah penyembelihan lembu yang ditetapkan naik mendadak, perkhidmatan ditawarkan juga kurang memuaskan menyebabkan peniaga di Pasar Besar Seremban, di sini kini hilang sabar.

Mereka mendakwa kadar upah baru penyembelihan ditetapkan sebuah pusat penyembelihan di daerah ini mula dinaikkan kepada RM68 bagi seekor lembu sejak tahun lalu, sekaligus jauh lebih tinggi berbanding negeri lain yang hanya dikenakan RM15.

Bukan itu saja, malah mereka mendakwa kerja penyembelihan juga dibuat tidak sempurna, sekaligus menunjukkan pusat berkenaan hanya mementingkan keuntungan.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ali berkata, sebelum ini mereka boleh lagi bersabar, namun ia semakin menekan apabila perkhidmatan diharapkan tidak setimpal dengan apa yang mereka dapat.

“Sebelum ini kami hanya dikenakan bayaran RM30, tapi sejak tahun lalu ia dinaikan sekali ganda menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati.

“Kami ingatkan bila harga naik perkhidmatan diberi juga ditambah baik, tapi amat mengecewakan apabila daging lembu disembelih kurang sempurna dan tidak bersih,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, disebabkan kos penyembelihan semakin tinggi, peniaga tiada pilihan lain, selain menaikkan harga daging.

“Kalau harga penyembelihan pun tinggi, macam mana kami mahu untung," katanya.

Sementara itu, bagi Ariffin Mohd Syed, 45, beliau berpendapat, pihak berkenaan sepatutnya berbincang dahulu dengan peniaga dan bukan sewenangnya menaikkan kadar upah.

Katanya, setiap kali persoalan ditimbulkan, pihak terbabit hanya memberi alasan kos semakin meningkat menyebabkan harga penyembelihan juga perlu dinaikkan.

“Memang tak masuk akal harga ditetapkan sedangkan di negeri lain harga ditetapkan antara RM15 hingga RM30 bagi seekor lembu," katanya.

Ariffin turut meminta pihak berkaitan menyiasat masalah itu, seterusnya mencari jalan penyelesaian agar peniaga dan pelanggan tidak terus terbeban.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook