Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Berjiran dengan jirat Cina

Dikirim oleh Warieh Isnin, 21 Januari 2013


Wartawan Sinar Harian
20 Januari 2013
Berjiran dengan jirat Cina
Jamilah menunjukkan kawasan jirat Cina yang berhampiran dengan rumahnya di Jalan Padang Ragut, Kampung Sri Repah.
 
TAMPIN – Berjiran dengan kubur itulah realiti yang harus ditempuh sebuah keluarga apabila kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mereka dibina berhadapan Jirat Cina Tampin di Jalan Padang Ragut, Kampung Sri Repah, di sini, sejak lebih 10 tahun lalu.

Jamilah Abdullah, 49, berkata, dia dan suaminya, Amir Ridhuan, sepakat untuk memohon tanah kerajaan berkenaan setelah dimaklumkan oleh kenalan bagi tujuan pembinaan rumah PPRT memandangkan sebelum ini mereka menyewa sebuah rumah kedai bagi membesarkan empat anak mereka.

“Masih terngiang-ngiang lagi di telinga akak, kenalan kami bertanyakan kesanggupan kami untuk memohon tanah kosong berhadapan dengan jirat Cina bagi tujuan mendirikan rumah PPRT.

"Bagaimanapun, akak kata sanggup kerana ini peluang kami mendapat tempat tinggal sendiri, " katanya.

Menurutnya, pada mulanya anak-anaknya yang berumur lapan hingga 13 tahun takut mendiami rumah berkenaan terutamanya ketika ingin ke sekolah seawal jam 6.30 pagi.

"Namun akhirnya mereka semakin selesa dan boleh pula melawat jirat berkenaan yang jaraknya kira-kira 20 meter dari rumah kami, "katanya.

Jamilah berkata, setakat ini, walaupun setiap hari mereka harus melihat pemandangan berkenaan dan menempuh perjalanan pulang pada tengah malam mahupun awal pagi, mereka tidak berhadapan dengan peristiwa menakutkan.

Bagaimanapun menurutnya, terdapat juga cerita yang sampai ke pengetahuan mereka sekeluarga yang menyatakan ternampak objek misteri di kawasan berkenaan memandangkan ia menempatkan puluhan jirat Cina, tanah perkuburan dan pembakaran mayat Hindu dan Sikh.

“Walau apa jua ceritanya akak gembira duduk di sini bersama keluarga kerana akhirnya impian memiliki rumah sendiri tercapai.

"Walaupun berjiran dengan puluhan kubur dan terpaksa menjawab pertanyaan saudara dan kenalan setiap kali mereka berkunjung ke rumah, kami sudah biasa, " katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook