Skuad Rusa hanya mencatat satu seri dan tiga kekalahan dengan terbaru anak buahnya terkulai di gelanggang keramat Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi 0-1 kepada Perak, kelmarin.
Berbekalkan satu mata, skuad Hoben Jang Hoben kini menduduki tangga tercorot bersama dua lagi pasukan Terengganu dan T-Team.
Alves yang ditemui pemberita menjelaskan, para pemain sepatutnya perlu bangkit dengan segera bagi mengelakkan skuad itu terus dirundung malang, apatah lagi beraksi di gelanggang sendiri sudah pastinya memberikan manfaat kepada pemain.
"Sebagai tuan rumah sepatutnya kita mampu memenangi perlawanan malam tadi, namun pemain kita gagal memanfaatkan setiap peluang gol.
"Saya kecewa apabila melihat peluang yang ada tidak digunakan untuk menjaringkan gol. Malah setiap percubaan yang dilakukan tersasar.
"Kami mempunyai banyak peluang untuk mencipta jaringan kerana banyak melakukan asakan, namun tiada gol berjaya dihasilkan,'' katanya di sini semalam.
Bagaimanapun Alves tetap memuji anak buahnya yang dilihat beraksi dengan tahap memuaskan namun bagaimanapun pasukan lawan manfaatkan peluang untuk memperolehi gol tunggal perlawanan menerusi Failee Ghazali pada masa kecederaan.
Pada masa yang sama beliau bertanggungjawab dengan prestasi pasukannya dan bersedia menerima apa sahaja keputusan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk menaikkan semula prestasi Negeri Sembilan.
"Kita akui ketika ini masih awal lagi lagi perjalanan pasukan di Liga Super, tapi kita tidak mampu lagi menerima kekalahan dan perlu bangkit selepas ini.
"Pada masa yang sama saya mahu komitmen penuh setiap pemain untuk perlawanan berikutnya agar dapat mengumpul mata bagi membaiki kedudukan liga," katanya..
Mengenai perlawanan dengan Kelantan di Kota Baharu esok, Alves berkata beliau akan mengatur strategi tepat untuk meraih kemenangan.
macam babi sepak bola.
Tak baik cakap macam itu sokonglah nogori selamanya,,,
Terjerums liga perdana tahun dopan