Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


BN optimis DUN Bahau ditawan kembali

Dikirim oleh Warieh Isnin, 21 Januari 2013


JEMPOL 20 Jan. - Kegagalan DAP menyelesaikan pelbagai masalah rakyat khususnya di Bahau memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin berkata, pihaknya mendapati banyak aduan terutama melibatkan masyarakat Cina di kawasan itu tidak dapat diselesaikan wakil rakyat DAP.
"Masyarakat di Bahau mengeluh dengan janji yang tidak ditepati DAP khususnya di Bahau.
"Kita optimis kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau akan kita rampas daripada DAP," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Parlimen Jempol, di sini kelmarin.
Tegas Lilah, sejarah membuktikan Bahau bukan milik sepenuhnya DAP kerana suatu ketika dahulu pernah dikuasai BN.
Kerusi DUN Bahau dimenangi calon DAP, Teo Kok Seong dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan majoriti 837 selepas memperoleh 6,188 undi berbanding calon BN, Lim Fui Ming yang mendapat 5,351 undi.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook