Pengurus Operasi Cawangan Pemasaran Seremban Proton Edar Sdn. Bhd., Abdul Khaliq Rahmat berkata, sejak dibuka orang ramai datang untuk membuat tempahan kereta dan pada masa yang sama mengetahui lebih lanjut kenderaan yang dipamerkan.
"Karnival ini akan diteruskan esok dan orang ramai boleh datang beramai-ramai untuk menyertai acara yang disusun selain membuat tempahan kenderaan yang dipamerkan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, antara acara yang berlangsung hari ini ialah pameran kereta model Proton dan kereta pandu uji, Kuiz Proton Ria, persembahan nyanyian, konvoi bersama Proton SDMC dan konvoi bersama Kelab Persona dan banyak lagi.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Organisasi MCA negeri, Teo Eng Kian berkata, acara sebegini dapat meningkatkan hubungan baik antara Proton dan orang ramai.
"Kita amat berbangga dengan apa yang dilakukan oleh pihak Proton dalam usaha meningkatkan jualan kenderaan di negara ini," katanya selepas melancarkan karnival itu di sini.
Yang turut hadir Ketua Operasi Jualan Wilayah Selatan Proton Edar Sdn. Bhd., Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafam.
Katanya, rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan kereta nasional dan amat praktikal kenderaan ini digunakan dalam negara apatah lagi dengan tawaran harga yang baik, spesifikasi serta reka bentuk yang menarik.
0 Komen