Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Ladang dipenuhi semak

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Februari 2013


Wartawan Sinar Harian
26 Februari 2013
Ladang dipenuhi semak
Ladang blok C yang dipenuhi semak.
 
KEPIS – Peserta Felcra di Bukit Kepis I, kecewa apabila ladang kelapa sawit mereka di blok C tidak diurus dengan baik oleh pihak kontraktor yang dilantik sehingga dipenuhi semak samun.

Selain itu, peserta juga mendakwa hasil tanaman kelapa sawit di blok C yang mempunyai keluasan 148 hektar tidak dikutip oleh pihak berkaitan.

Peserta, Esah Alias, 60, berkata, dia sering ke ladang pada waktu petang untuk mencari ternakan kambingnya yang meragut rumput di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sebelum memasuki kawasan ladang itu, dia perlu menebas semak di kawasan jalan.

"Jadi, apabila sering kali memasuki ladang ini, saya dapat tahu sebahagian tanaman kelapa sawit di blok C tidak diurus dengan baik.

"Jadi pada pandangan saya, sudah pasti kontraktor tidak melakukan kerja dengan baik dari aspek pembersihan ladang, pembajaan dan mengutip hasil kelapa sawit,” katanya.

Manakala, Ali Mihat, 44, berkata, ladang Bukit Kepis I yang keluasan 360 hektar dibahagikan kepada tiga blok dengan dibarisi 123 peserta dari Kampung Kepis dan sekitarnya.

“Kebanyakan peserta Felcra adalah warga emas. Jadi, sudah pasti mereka bergantung harap kepada hasil dari ladang ini.

“Meskipun kami menerima wang sara hidup sebanyak RM500 sebulan, namun sebenarnya ia tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup tinggi,” katanya.

Hanya bersih di bahagian depan ladang

Bagi Siti Osman, 67, pula berkata, dia kesal kerana kontraktor lebih menumpukan kawasan di bahagian depan ladang yang terletak di tepi jalan.

"Blok A dan blok B, tiada masalah seperti di blok C. Jadi, saya berharap pihak Felcra dapat memantau masalah ini yang berlarutan sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Idris Abd Karim, 74, berkata, kos kontraktor yang melakukan kerja-kerja di ladang tersebut dibayar menggunakan duit peserta.

“Kami yang membayar kontraktor untuk melakukan kerja. Jadi amat dukacita, bila mereka ini tidak melaksanakan tugas dengan baik.

“Kami sudahlah tidak menerima dividen, malah wang sara hidup yang diberikan tidak mencukupi jika dibandingkan dengan keuntungan. Kami juga tidak tahu jumlah sebenar hutang dengan Felcra,” katanya yang berharap pihak Felcra dapat menyatakan jumlah hutang kepada peserta.

Lantik kontraktor baru

Sementara itu, Pengurus Kawasan Bukit Kepis I, Mohd Norzan Yusuf berkata, kerja-kerja pembersihan ladang dilaksanakan bermula 15 Februari hingga 31 Mac ini mengikut jadual ditetapkan.

Menurutnya, pihaknya sudah melantik kontraktor baru untuk mengeluarkan hasil, membersihkan ladang dan membaja pokok kelapa sawit.

"Kawasan yang dinyatakan oleh peserta memang dipenuhi semak samun, namun pihak Felcra sudah melantik kontraktor untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kerja-kerja pembersihan juga sudah bermula cuma belum tiba di kawasan blok C. Insya-Allah dalam masa terdekat kawasan itu akan dibersihkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Norzan berkata, pembayaran kos sara hidup sebanyak RM500 bermula pada Februari 2012 sehingga kini.

“Kos sara hidup ini diberikan bagi membantu peserta dari segi kewangan. Seperti yang diketahui, kebanyakan peserta adalah warga emas. Jadi bila ada wang ini, dapatlah menampung perbelanjaan keluarga mereka.

“Pada 2010, pembayaran kos sara hidup bermula RM280 sahaja kemudian pada Februari 2012 meningkat kepada RM500. Setiap peserta akan menerima RM6,000 setahun dan jika didarabkan dengan 123 peserta, ia menelan kos sebanyak RM738,000 setahun,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook