26 Februari 2013
Sapiie Mohamad Munir, 30, berkata, ketika kejadian jam 7 pagi itu, dia yang cemas selepas melihat isi perut Hasan Maslah, 40-an, hampir terburai segera memanggil rakan lain untuk membantu.
"Selepas itu, kami menutup bahagian perut Hasan yang terburai dengan kain pelikat sebelum bantuan perubatan tiba selepas memaklumkan kepada penolong pengurus ladang.
“Saya baru tiga bulan mengenali Hasan dan dia merupakan seorang yang pendiam. Bagaimanapun, saya tahu dia berasal dari Lombok Timur, Indonesia,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa berada dalam keadaan sedar walaupun isi perutnya hampir terburai dan dikejarkan ke Hospital Tampin sebelum dihantar ke Hospital Melaka.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mengakui dia tertikam perutnya sendiri dengan senjata tajam dipercayai pisau susulan berhadapan dengan masalah keluarga di kampung asalnya di Indonesia," katanya.
Difahamkan, mangsa yang cedera parah di bahagian perut kini berada stabil susulan bahagian ususnya tidak cedera.
0 Komen