Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


NCWO bukan lagi cawangan

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Februari 2013


KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
26 Februari 2013
NCWO bukan lagi cawangan
Mohamad (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada wakil NCWO negeri, semalam.
 
SEREMBAN - Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Negeri Sembilan bakal mengubah statusnya daripada cawangan menjadi sebahagian ahli gabungan NCWO Kebangsaan.

Penasihat NCWO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat agung yang berlangsung semalam.

“Melalui tindakan ini, cawangan negeri akan menjadi satu entiti berasingan yang mampu berdikari iaitu mereka bakal mempunyai perlembagaan, undang-undang tubuh, lembaga pemegang amanah dan pemilikan aset sendiri.

“Penukaran status ini dilakukan selepas mengambil kira pelbagai perkara, selain turut mendapat saranan NCWO Kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke-10 NCWO negeri, di sini, semalam.

Mohamad berkata, pelaksanaan ini bukanlah bermaksud mereka akan keluar daripada menyertai NCWO Kebangsaan, sebaliknya lebih kepada naik taraf daripada sekadar cawangan kepada ahli gabungan.

Menurut beliau, mereka juga merupakan cawangan pertama yang diberi peluang melakukan perubahan sedemikian.

Sementara itu, Yang Dipertua NCWO negeri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin berkata, mesyuarat kali ini juga bakal menyaksikan penubuhan biro sukan buat julung kalinya.

“Penubuhan biro berkenaan dibuat selepas mendapat tawaran kerjasama melalui program perkongsian maklumat dalam sukan untuk wanita, selain mendapat peruntukan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya.

Pada majlis berkenaan, NCWO negeri turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada 50 warga emas kaum Tiong Hua yang terpilih.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook