Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pasar tani NS untung RM16.7j

Dikirim oleh Warieh Selasa, 13 Disember 2011


SEREMBAN 12 Dis. – Prestasi jualan pasar tani di seluruh negeri ini meningkat sebanyak 12 peratus apabila mencatatkan nilai keuntungan melebihi RM16.7 juta dari Januari hingga Oktober lalu berbanding tempoh sama pada 2010.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, A. Rahaman Suleiman berkata, perkembangan positif itu merupakan hasil kutipan jualan membabitkan 29 tapak pasar tani pelbagai jenis di sekitar negeri ini.

“Dalam tempoh 10 bulan, negeri ini berjaya mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak RM16,797,335 berbanding RM14,849,819 pada tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah tersebut, peningkatan nilai jualan adalah sebanyak RM1,947,515 iaitu pada kadar 12 peratus,” katanya selepas melawat tapak Pasar Tani Mega Paroi Jaya di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Katanya, berdasarkan statistik, purata jualan bulanan bagi seluruh pasar tani di negeri ini adalah sebanyak RM1.7 juta.

“Jika prestasi ini berterusan, nilai jualan bagi tahun ini boleh mencecah RM20.4 juta berbanding RM17.9 juta pada 2010,” jelasnya.

Tambahnya, tiga Pasar Tani Mega yang mencatatkan nilai jualan tertinggi adalah di Pasar Tani Mega Ampangan (RM2,188,136) diikuti Pasar Tani Mega Rembau (RM1,784,839) dan Pasar Tani Mega Paroi Jaya (RM1,590,897).

Dalam pada itu, A. Rahaman memberitahu, berdasarkan komoditi jualan, makanan dan minuman mencatatkan nilai jualan tertinggi berbanding barangan lain.

“Bagi makanan dan minuman, nilai jualan yang dicatatkan sebanyak RM2,681,454 diikuti sayur-sayuran iaitu sebanyak RM2,299,373 manakala ikan laut RM2,130,821,” ujarnya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook