Seremban: Misi keluar daripada kelompok terbawah carta liga
menjadi sasaran utama skuad Negeri Sembilan sebaik saingan Liga Super
kembali bersambung dengan bertemu Tentera di Stadium Tuanku Abdul Rahman
Paroi, 16 Februari depan.
Sekalipun amat menyedari betapa tugas selepas ini lebih mencabar, skuad Hobin Jang Hobin bertekad untuk berusaha keras memperkemaskan lagi jentera pasukan bagi memastikan persembahan lebih baik dapat dipamerkan untuk merealisasikan kemenangan.

Pemain sayap kiri pasukan, Shahurain Abu Samah, berkata dia
yakin peluang pasukan itu memperbaiki kedudukan dalam carta liga masih
belum tertutup walaupun mengakui saingan liga semakin berliku dengan
setiap pasukan masing-masing memperkemaskan jentera pasukan.
“Saya yakin peluang kami untuk mencabar pasukan lain belum tertutup kerana prestasi pasukan masih di tahap yang terbaik kerana kami hanya mengalami kekalahan tipis dalam tiga perlawanan sebelum ini. Jika kami dapat mengemaskan semula jentera pasukan, saya yakin kemenangan akan dapat dicapai,” katanya, semalam.

0 Komen