Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Teroka pelancongan baharu di PD

Dikirim oleh Warieh Khamis, 31 Januari 2013


Mohamad Hasan (kiri) melihat replika bangunan PD Waterfront sambil diperhatikan Mohamad Noor Rahim (tengah) sempena Majlis Perasmian PD Waterfront dan Pelancaran Boutique Suites di Pekarangan PD Waterfront Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
TELOK KEMANG 30 Jan. - Landskap Port Dickson akan lebih terserlah melalui pelaburan RM1 bilion oleh TSR Capital Bhd. (TSR) bagi memajukan projek pembangunan hartanah komersial terbesarnya dalam lonjakan kepada sektor pelancongan.
Projek yang menampilkan konsep moden dan santai dikenali sebagai PD Waterfront itu dijangka meningkatkan tarikan Port Dickson sebagai antara destinasi pelancongan utama negara selain dikenali Bandar Tentera Darat seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, antara projek yang akan dibangunkan termasuklah pusat komersial bernilai RM300 juta, kediaman dan hotel (RM440 juta), pendidikan dan kesihatan (RM180 juta) serta pelancongan dan rekreasi (RM80 juta).
"Projek ini merupakan kesinambungan rancangan yang tertangguh selama hampir 20 tahun berikutan masalah ekonomi pada 1987 dan 1997.
"Usaha yang dilakukan TSR ini bakal melonjakkan ekonomi di zon pelancongan ini," katanya pada Majlis Perasmian PD Waterfront dan Pelancaran Boutique Suites di Pekarangan PD Waterfront Port Dickson, dekat sini baru-baru ini.
Turut hadir, Pengerusi TSR Capital, Tan Sri Mohamad Noor Rahim.
Tegas Mohamad, produk komersial yang ditawarkan TSR juga dapat memenuhi permintaan ramai dan pakej pembangunan fasa pertamanya menyaksikan premis perniagaan antara yang mendapat tempahan awal.
PD Waterfront dimajukan oleh anak syarikat TSR iaitu TSR Ocean Park Sdn. Bhd. yang akan memastikan pembangunan tanah seluas 60 hektar dekat bandar Port Dickson ini dimajukan sebagai daya tarikan baharu kepada pelancong.
"Perubahan yang berlaku ini telah menarik minat pedagang untuk memulakan perniagaan di tapak komersial di kawasan PD Waterfront ini, bukan sahaja dari dalam negara tetapi perniagaan francais luar negara," katanya
Menurut beliau, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati kawasan yang segar tetapi turut berpeluang merasai keenakan makanan yang disajikan di situ serta membeli-belah dikawasan premis komersial berkenaan.
"Kawasan pelancongan di sini akan terus dibangunkan, bukan hanya di PD Waterfront tetapi merangkumi kerja naik taraf kawasan pesisir pantai supaya menjadi lebih cantik dan tersusun.
"Kerajaan juga sedang giat membangunkan semula kemudahan kereta api dari Seremban ke Port Dickson sebagai laluan warisan pelancongan," katanya.
Dalam majlis itu, Mohamad mahu sektor pelancongan terus dilonjakkan serta menjadikan Port Dickson 'hidup' siang dan malam dengan pelbagai aktiviti berteraskan keunikan budaya di negeri ini.
"Isu kebersihan pantai perlu diambil berat supaya laut tidak tercemar. Ini kerana daya tarikan pengunjung ke Port Dickson juga ada hubung kait dengan kebersihan pantai," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook