22 April 2013
Muhamad Hanifah
Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen negeri, Superintendan Muhamad Hanifah Abdul Majid berkata, sekumpulan 100 penyokong membuat protes terhadap pemain dan jurulatih skuad Hoben Jang Hoben sejurus selepas perlawanan berlangsung.
Menurutnya, anggota polis yang bertugas terpaksa membuat halangan untuk memberi laluan kepada para pemain dan jurulatih keluar dari bilik persalinan.
“Kita telah memberi arahan kepada penyokong supaya bersurai tetapi mereka enggan sehingga berlakunya kejadian tolak-menolak dengan anggota keselamatan.
“Dalam insiden itu, kita telah menahan dua lelaki kerana melanggar arahan polis dengan cuba merempuh sekatan yang dibuat anggota kita,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.
Muhamad Hanifah berkata, lelaki berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan semalam dengan ikat jamin polis.
“Kedua-dua lelaki yang berasal dari bandar ini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas polis.
“Kita telah serahkan kertas siasatan kes kepada Pejabat Peguam dan kita akan tunggu keputusan sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak,” katanya.


0 Komen