Kota Bharu: Selepas gagal mencipta kemenangan dalam tiga
perlawanan sebelum ini, skuad Kelantan tekad memburu tiga mata dalam
pertembungan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam
ini.
Pemain pertahanan, Zairul Fitree Ishak menegaskan skuad The Red Warriors sangat dahagakan kemenangan selepas tidak mampu mengutip tiga mata penuh daripada tiga perlawanan terakhir saingan liga.
Di Seremban, Negeri Sembilan yang kian terdesak untuk mencari kemenangan pertama bertekad untuk merealisasikan impian itu dalam pertemuan malam ini.
Sekalipun menyedari bakal berdepan cabaran berliku, ketua jurulatih, Divaldo Alves mengharapkan strategi yang dirangkanya akan membuahkan hasil terutama dengan kehadiran semula penyerang import Emanuel De Porras selepas tidak diturunkan dalam dua perlawanan sebelum ini akibat kecederaan.
0 Komen