21 Januari 2013
REMBAU - Seorang jurusolek sepenuh masa yang dalam perjalanan mengandam saudaranya di Ramuan Besar, Melaka, terbabit dalam kemalangan di jalan Kundur-Linggi, di sini, petang kelmarin.
Dalam nahas kira-kira jam 5 petang itu, kereta Proton Gen 2 yang dipandu mangsa Yanti Ahmad, 40, dari Putrajaya t melanggar sebatang tiang di bahu jalan kanan sebelum kenderaannya terjunam ke dalam curam sedalam 10 meter.
Yanti berkata, selepas terjunam dan keretanya senget ke sebelah kanan, dia bergegas menghubungi suaminya untuk meminta bantuan pasukan penyelamat.
“Tidak lama selepas itu, datang seorang penduduk yang mengetuk tingkap kereta dan ingin membawa saya keluar. Tanpa menunggu lama, saya tanggal tali pinggang keledar dan keluar melalui pintu hadapan penumpang di bahagian hadapan.
“Penduduk dan pasukan penyelamat yang membantu mengeluarkan barang-barang pengantin. Selepas itu, kereta saya mulai berasap dan terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, petang kelmarin.
0 Komen