Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Terpaksa kongsi rumah pusaka

Dikirim oleh Warieh Selasa, 22 Januari 2013


SARINAH MAT KASIM
21 Januari 2013
Terpaksa kongsi rumah pusaka
Norsyazleen dan Norsyazana sedang berkemas di dapur rumah mereka.
Terpaksa kongsi rumah pusaka
Norsyazleen bersama suaminya dan anak-anak berborak semasa rumahnya dikunjungi oleh Penaung Majlis Permuafakatan Keadilan Labu, Ismail Ahmad (berdiri, kiri).

LABU – Dua keluarga yang tinggal sebumbung merayu kepada pihak berkaitan agar meluluskan segera bantuan yang dimohonnya sejak November tahun lalu.

Norsyazana Anuar, 27, yang mempunyai empat cahaya mata serta suami, tinggal serumah dengan keluarga adiknya, Norsyazleen, 26, yang memiliki tiga anak.

Norsyazana ketika ditemui berkata, berikutan tidak mampu menyewa rumah lain, dia dan suaminya terpaksa tinggal bersama keluarga adiknya di rumah peninggalan datuknya ini sejak lapan tahun lalu.

Katanya, suami dan adik iparnya merupakan seorang pekerja biasa yang mempunyai gaji di bawah sekitar RM700 sehingga RM800 sebulan.

Menurutnya, suaminya hanya bekerja sebagai tukang kayu, manakala adik iparnya pula bekerja di bengkel dan menerima gaji mengikut hari.

“Jika mereka ada kerja maka adalah gaji begitulah sebaliknya, dengan keadaan saya dan adik yang mempunyai bilangan anak yang ramai, maka kami tidak keluar bekerja kerana tidak mampu mengupah orang menjaga anak.

“Hidup pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, inikan pula hendak mengupah orang menjaga anak, sudah pasti kami tidak mampu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bil api, air tunggu masa dipotong

Dalam pada itu, menurut Norsyazleen yang kini sedang mengandung lapan bulan, dia amat berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat memberi sedikit bantuan kepada mereka sekeluarga.

Katanya, jika tidak dapat bantuan skim Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), cukuplah sekadar bantuan bulanan untuk mengurangkan beban mereka.
Menurutnya, sejak dulu sehingga kini dia tidak pernah menerima bantuan bulanan sama ada daripada Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) mahu pun Baitulmal.

Jelasnya, cuma pada bulan Disember lalu, pernah pegawai JKM dan isteri kepada wakil rakyat Dun Labu, Datin  Salmah Datuk Shahardin datang ke rumah mereka dan memberi sumbangan.

“Hanya sekali itu sahaja bantuan yang kami terima, sehinggalah ke hari ini tiada sebarang bantuan lain.

“Saya berterima kasih kepada Datin (Salmah) kerana sudi meluangkan masa membawa kami dua beradik ke pejabat JKM bulan November tahun lalu, namun sedihnya sehingga kini masih tiada jawapan.

“Permohonan yang dibuat bersama Datin Salmah lalu, diharap dapat diluluskan dengan segara memandangkan keadaan kami yang serba kekurangan.
“Keadaan kami yang susah untuk berulang-alik pergi ke pejabat JKM menyebabkan kami tidak tahu apa status permohonan kami itu,” katanya.

Tambahnya, mereka tidak mampu untuk membayar bil air mahu pun bil elektrik, dan kini kemudahan itu hanya tunggu masa untuk dipotong.
Katanya lagi, gaji harian yang diterima oleh suami hanya cukup untuk membeli makanan keperluan harian sahaja.

Tindakan segera akan diambil

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Zainab Nasir berkata, pihaknya akan menyiasat perkara ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya dengan segera.
Katanya, pihaknya menerima permohonan sebanyak 25 sehingga 30 sehari untuk diproses dalam satu masa.

“Saya berharap dua beradik ini bersabar kerana pihak kami juga sedang giat menjalankan proses bagi setiap permohonan yang dibuat.

“Mungkin, gilirannya belum tiba lagi, namun saya berjanji sekiranya mereka ini layak menerima bantuan pasti kebajikan dua beradik ini akan dijaga dan dibela sewajarnya,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook