SEREMBAN 23 Feb. - Pakej Makan Berselo yang ditawarkan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mendapat pujian daripada sekumpulan pelancong Indonesia yang berkunjung ke Muzium Negeri, di sini hari ini.
Ketua rombongan Alumni Universiti Gadjah Mada, Guntur Wianta berkata, pakej tersebut memberi kelainan, di mana ia membuka peluang kepada pengunjung menikmati juadah tempatan dan pada masa sama melihat bahan bersejarah serta artifak negeri itu.
"Ini suatu yang baru, di mana pihak muzium sendiri yang menawarkan pakej makan tengah hari di sini.
"Pada saya makanan yang dihidangkan semuanya lazat meskipun ada lauk yang hampir serupa di tempat asal saya," katanya di sini hari ini.
Bagi seorang lagi peserta rombongan, Hidayu Ratna dari Bali, Indonesia, makanannya sungguh enak, malah memberi pengalaman kepada pengunjung menikmati juadah bersama seperti diamalkan oleh masyarakat adat perpatih.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130224/ws_02/Pelancong-Indonesia-puji-pakej-Makan-Berselo#ixzz2Lm0vF6te
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 Komen