14 Februari 2013
Kurator Muzium Negeri (Bahagian Pengurusan Muzium) Aziz Mohd Gorip berkata, pakej yang diperkenalkan mulai tahun ini, memberi peluang kepada pelancong untuk merasai keenakan makanan tradisional Negeri Sembilan di samping melihat pameran dan artifak di muzium itu.
Katanya tiga pakej yang ditawarkan itu berharga antara RM8 dan RM12 dan menyajikan menu masakan tradisi masyarakat Melayu Negeri Sembilan.
"Pakej 1, berharga RM8 dengan menu nasi putih, masak lado api (cili api) ikan sembilang, ayam goreng, ulam-ulaman dan sambal gesek (ikan bilis bersama cili api) serta sirap selasih, manakala Pakej 2 pula berharga RM10 dengan menu nasi putih, masak lado api campur kentang, sambal ikan sembilang, sayur campur dan air jando pulang (air kelapa muda yang dimasak bersama gula melaka dan daun pandan).
"Pakej 3 pula berharga RM12 dengan nasi putih, masak lado api daging salai campur pucuk ubi, sambal ikan sembilang, sambal tempoyak daun kayu, buah dan sirap selasih," katanya di sini hari ini.
Katanya produk tambah nilai 'makan 'berselo' itu diharap dapat mengetengahkan budaya dan adap sopan yang diamalkan masyarakat Melayu di negara ini.
Aziz berkata tempahan terhadap mana-mana pakej tersebut boleh dibuat dengan minimun 15 orang dan maksimun 80 orang mulai 11 pagi hingga 3 petang setiap hari.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi beliau melalui talian 013-3293871 atau Mawar Malinda Zakaria di talian 012-2513642 atau 06-7631149. - Bernama
0 Komen