Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2




5 Jun 2013
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengenal pasti kawasan segi tiga antara Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Seremban dan Port Dickson untuk dibangunkan berikutan kepadatan dan limpahan pembangunan di Kuala lumpur serta Lembah Klang.
 
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kawasan itu bakal menjadi kawasan 'tadahan baharu' kepada Lembah Klang dan ibu negara, Kuala Lumpur dalam menampung kesesakan pembangunan yang kian melimpah hasil pembangunan yang pesat.
  
"Walaupun Negeri Sembilan tidak termasuk dalam mana-mana dasar kerajaan persekutuan dalam pembangunan koridor raya sama ada utara mahu pun selatan, tetapi kita perlu memastikan negeri ini menjadi pusat bandar bagi Kuala Lumpur atau dipanggil ‘Centralise Town of Kuala Lumpur," katanya pada majlis Malam Apresiasi Media 2013 di sini, malam tadi.
  
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan, anggota exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Pengarang Bernama Mokhtar Hussain.
  
Mohamad berkata baru-baru ini beliau berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hasratnya membangunkan kawasan baharu di negeri ini.
 
Sementara itu, katanya kerjaaan negeri akan memperkukuhkan lagi dasar sedia ada berikutan kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.
  
Menteri besar berkata agenda mensejahterakan rakyat akan diteruskan manakala dasar yang ada akan diperbaiki berdasarkan mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan negeri.
  
Beliau seterusnya menyeru para wartawan agar memahami etika kewartawanan untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri memperjelaskan kepada masyarakat mengenai dasar yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan negeri.
  
"Ini sejajar dengan terjemahan pengundi melalui keputusan PRU13 lalu iaitu memberikan kepercayaan semula kepada BN untuk mentadbir negeri ini," katanya.
  
Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga media  yang sama-sama berusaha dan membantu melaporkan berita tentang Negeri Sembilan.  - Bernama

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook