26 Mei 2013
Asrul (empat, kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ketua LKAAM, Lubuk Sakti.
Lawatan sehari yang diketuai Datuk Lubuk Sakti Djafri itu diisi dengan lawatan melihat pameran dan artifak serta taklimat disampaikan Penolong Kurator Bahagian Pengurusan Muzium, Asrul Effendi Kamaruzzaman.
Asrul berkata, kunjungan tersebut dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelancong bahawa muzium bukan sekadar menjadi destinasi pelancongan menarik untuk dilawati, tetapi juga gedung ilmu.
“Muzium merupakan salah satu pilihan lokasi yang boleh dikunjungi oleh pelancong yang datang ke negeri ini.
“Malah, di sini juga tempat mereka boleh mendapat pengetahuan tentang sejarah dan adat istiadat yang menjadi kebanggaan penduduk Negeri Sembilan,” katanya
Menurutnya, kunjungan itu juga menjadi permulaan baik yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua belah pihak, selain usaha muzium dalam mempromosikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan menarik di negara ini.
0 Komen